pengantar minda

hanya sekadar cebisan pemikir[aku] yang picisan

07 December 2021

kali pertama anda dibenarkan mengekses nhk.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. aku x pernah terfikir dan, aku tidak yakin, untuk berkongsi apa yang diberikanNya, dengan hambaMu yang lain, kerana aku tahu aku berbeza, ya, aku berbeza tapi serupa, namun, hari ini, aku gagahkan, sendi- sendi hina ini, kehadapanMu. moga akan tercetus, satu cahaya, petunjuk, kesempurnaan, yang bakal membawaku, kepada redhaMu.

26 March 2018

Kenapa aku berada di dunia ini? 16



Hamba

Iya itu kita

kita yang dihantar

Melalui Rahim bonda

Menjadi tanah acuan hamba Tuan

Atau

Menjadi tanah acuan pseudo kebebasan.



Hamba

Hamba yang diberi pilihan

Pilihan seluas angkasa raya

Benarkan Tuhan membiarkan kita

Atau kita yang memilih untuk dibiarkan?



Ar- rahman

Jika benar Dia membiarkan kita

Tiada sudah nafas

Tiada sudah keselamatan

Tiada sudah teduhan

Tiada sudah tulisan ini untukmu

Kerana ar-Rahman itu menjaga

Waima Kafir atau Iman.



Ar-Rahim

Persis kantung bonda

Mentala kita kepada iman

Paksa atau rela

Dia berikan rasa

Kuasa pilihan itu pilihan kita

Sambutlah iman

Atau

kebebasan tiada pangkal dalilnya lagi.



Bebas

Bebas itu istilah

Wujudnya hanya di bumi fana

Menjadi timbal tara abadi

Mahu dingin atau bahang

Kerana hakikat

Seorang hamba

Tiada ruang erti kebebasan

Melainkan tertakluk dalil

Pada Tuannya.



Ubah

Mengubah acuan

Mereka panggil gila kerana

Sedikit gembira

Banyaknya sakit berjuta pedih

Itu asas ramuan resipi

Tatkala kau dan aku

Mengubah acuan kelahiran

Mengubah acuan penggendong kantung rahim

Mengubah acuan teman serahim

Mengubah acuan setiap jiwa

Kembali bergelar hamba.



Setan

Musuh lagenda orang tua kita

Berjuta dekad sumpah di kota

Cendekiawan khannas gigih mengkaji

Mencampak ragu seperti manisan

Sedang hamba itu 49:15

Kelak mereka berlepas 14:22

Setelah hamba lemas di lautan ragu



Kuli

Hamba itu kuli

Kuli yang mencari Tuan

Hanya Tuan mengerti kuli

Apa kuli mahukan

Apa kuli perlukan

Mengapa lama?

Kuli menunggu Tuan dengan sabar

Tuan juga menunggumu berganda sabar

Menanti kuli hadir dengan hati serta amal

Yang benar.



Benar

Naskhah 114 Tuan memanggilmu

Berbual dengan makhraj yang benar

Berborak dengan hukum yang benar

Berbincang dengan keinginan yang benar

Persetan hati yang kosong

Jika hati itu benar

Tiada yang menghalang dirimu

Dengan Tuan.



Mata

Pejamkan matamu

Buka mata hatimu

Izinkan aku

Menyuluh cahaya denganmu

Hulurkan tanganmu keluar lautan itu

Bukan aku yang menyambut

Tapi Tuan

Tuan yang sama menyambut aku

Suatu masa dulu.



Perjalanan ini

Mencari titik

Menerima untuk Memaafkan diri

Merasa semesta Kepunyaan Tuan

Agar tunduk dan taat mentadbir bumi

Kerana

Tarbiyah itu hakikatnya

Rabbaniyah.





26 February 2018

Kenapa aku berada di dunia ini? 15.



Melangkau usia dan masa.

Setelah menerima cahaya, kini genap 11 tahun tempoh pergelutan antara al-haq dan jahiliyyah dalam usaha mencelup diri sepenuhnya ke dalam sibghatullah.

Perjalanan semakin mencabar tatkala semakin banyak yang di pelajari dalam menguruskan hal ehwal fasa dunia sebelum berangkat ke alam roh. Begitu banyak persiapan, terasa begitu lama, namun bila di banding dengan kehidupan selepas ini, dunia tidak lama hanya terasa sesaat(10:45) sahaja kehidupannya!

Tekanan demi tekanan di hadapi, semakin tinggi peringkat kehidupan.

Masa menjadi lawan utama yang perlu dijinakkan.

Modal yang diperlukan adalah hubungan yang erat denganAllah sebagai bekal untuk menghadapi dunia yang kian menggila.

“Kau tidak akan gila selagi memegang erat tali Allah(3:103)”, hati ingatkan diri.

Jika bukan kerana adanya hari pertemuan denganMU ya Allah(18:110), aku adalah yang pertama berundur dalam pertarungan jiwa yang menyesakkan dengan episod terakhirnya tidak ketahuan lalu nanar datang menyapa.

Sungguh, aku mencemburi ketajaman para sahabat baginda nabi dalam berfikir dan bertindak. Tertanya- tanya didikan apakah yang diberikan baginda sehingga mereka itu menjadi insan yang sentiasa membara kehadapan cabaran. Teruskan mengkaji dan latihan uji kaji diri.

Jangan mengalah, sesekali jangan.

Kerana dunia ini sebentar, buat bila kau mengalah dan maut tiba, apa lagi yang boleh kumpulkan kerana masa telah tamat? Ya, penyesalan yang tiada guna(6:27).

Bersabarlah. Belajarlah. Harungilah.

Inilah yang dijanjikan Allah dan rasul(2:214).

Perit dan jerih itu hidangan utama jalan para pejuang kebenaran!.



14 August 2017

Kenapa aku berada di dunia ini? 14



Move on.

Setiap orang mempunyai ujian yang perlu untuk di atasi atau istilah move on lebih tepat.

Ada orang di uji dengan masalah kewangan

Ada yang di uji dengan cinta manusia

Ada yang di uji dengan makanan

Ada yang di uji dengan kuasa, kesenangan dan kemewahan

Ada yang di uji dengan kesusahan

Ada yang di uji dengan nilai persahabatan

Ada yang di uji dengan keluarga

Ada yang di uji dengan diri dan emosi

Dan banyak lagi ujian yang tak tertulis di sini

Namun, menariknya, semua masalah di atas mampu di atasi dari sumber yang satu

Iaitu HATI.

Kondisi hati akan menentukan bagaimana kita menghadapi masalah di atas.

Hati yang bermasalah akan mengalami kesukaran untuk move on malah mencetus rantaian masalah yang lain sehingga gagal mengenal punca.

Lebih menakutkan tatkala masalah cabang muncul dan kita dikaburi dengan merawat cabang hingga merasakan masalah selesai, Namun tiba suatu ketika ia berulang dan saat itu kita sedar, masalah rupanya belum selesai setelah bertahun tahun, masih ada berdendam, masih kesedihan, masih runsing akan punca masalah.

Mode penafian adalah kaedah unggul seseorang dalam lari dari masalah instead of move on.

Penafian akan menjadikan hidup lebih mudah dan menghasilkan diri yang ignorance.

Ignorance tanpa sedar akan menghasilkan individu yang tidak sensitive dan merosakkan institusi kepercayaan seterusnya keluarga, persahabatan dan masyarakat juga dunia I shall say.

Benar, secara kasar rantaian masalah yang hanya fokus pada diri. Pada hakikatnya, rantaian itu interconnected dengan individu lain. Rantaian masalah perlu di hentikan dan di rawat kerana ia mampu diwarisi dan berjangkit. Rosaknya tarbiyah(didikan) kita akan mempengaruhi tarbiyah individu yang lain.

Duduk sebentar, dan berdoa pada Pencipta, dan minta petunjuk kepada punca masalah. Di mana patut pembaikan bermula?

Kita akan mula berfikir, dan menilai. Dan langkah paling sukar seterusnya adalah bertindak membaiki keadaan kerana segala dinding pertahanan seperti ego, ketakutan, amarah, kesedihan akan di turunkan untuk membolehkan tindakan di laksanakan.

Perit usaha menurunkan dinding dan bertindak itu dipanggil jihad dalam diri.

Bagaimana ingin berjihad menentang kufar di medan fizikal jika jihad di medan diri kita putus asa meruntuhkan tembok- tembok pertahanan tersebut?

Para sahabat juga manusia. Mereka pastinya turut mengalami kesukaran menghadapi tembok2 pertahanan dalaman diri. Namun, keyakinan mereka pada Allah, Tuhan yang menciptakan Tuhan yang akan bersama- sama dalam langkah mereka, cukup kuat sebagai bekal tatkala bertindak.

Iman dan taqwa bermula dari hati. Hati yang kenal Tuannya, ma’arifatullah dan seluruh perjalanan hidup ini berkenaan apa melalui sumber kehidupan, Quran & sunnah. Hati itu akan menilai seterusnya bertindak.

Penantian sebuah tindakan untuk move on merupakan rentetan banyak pengorbanan dan usaha sebagai modal. Jika hanya tidur, duduk, makan dan termenung meneruskan kehidupan dalam keadaan punca rantaian masalah belum di rawat & tiada sebarang pembaikan,tentunya pihak kiri seronok menyesatkan anak adam hanyut terbuai dalam dunia kegelapan diri.

Diri tiada yang sempurna. Hidup tiada yang sempurna. Kesempurnaan itu milik Allah. Nikmat yang sempurna kehidupan yang sempurna itu hanya di dimensi terakhir kita nanti, syurga doanya.

Apa yang menarik, nilai sebuah kejatuhan sangat berbeza antara dimensi ini dan juga dimensi akhir nanti.

Kejatuhan dalam dimensi ini merupakan hadiah, nikmat kerana dapat belajar berhati- hati (taqwa) pada langkah seterusnya. Kejatuhan merupakan bahan utama resepi kehidupan dimensi ini. Jika tiada kejatuhan, resepi tidak menjadi bukan?

Kejatuhan pada dimensi akhir merupakan kepedihan yang abadi, yang di sesali, yang tiada pengajaran tersisa tatkala hukum diputuskan!

Kata murobbi,

“Belajar memaafkan diri”.


31 December 2016

Kenapa aku berada di dunia ini? 13

i wrote this while listening to this


Hari berlalu hari,

Aku masih di bumi,

Mengembara memenuhi erti,

Hidup sebagai seorang hamba,

Yang picisan bila melihat,

Gemerlapan rakan hamba selainku,

Terasa kecil,

Bagaimana berfungsi fikirannya,

Tertanya kagum adanya,

Mendongak dari bawah ke atas,

Sekilas melihat biasan diri,

Tertunduk dan terhenyak,

Mencari ruang,

Melengkapi kuncinya,

Major dan minor,

Ying dan yang,

Malam dan siang,

Biarlah sekadar pasir sokongan,

Semoga menjadi tonggak naiknya,

ilah yang esa.


Tiada aku pandai berpuisi,

Hanya secebis diri yang cuba berpuitis,

Merapati puisinya jiwa rakan hamba.

Teruskan langkah,

Pandang maju ke depan,

Berjiwa besar upaya,

Aku kau berbeza,

Moga faquhu dan hati menjadi tara,

Bila mizan abadi mula menimbang.



05 September 2016

Kenapa aku berada di dunia ini? 12



Menyelusuri kehidupan ini mengajar aku pelbagai perkara dan persepsi.

Sambil meneruskan kehidupan, bertemu dengan pelbagai manusia dan ragam yang biasa- biasa hingga yang tidak mampu di hadam akal; pelik. Namun, tiada pelik mana, kerna setiap ciri- ciri manusia demikian Allah telah jelaskan dalam Quran untuk kita ambil perhatian dan semak diri.

Kunci ketenangan adalah pilihan yang kita putuskan.


Selamat memulakan hidup kembali sambil memekatkan cara fikir!


very first soul picture tangkap bila datang ke bumi batu bersurat...so a new start perhaps leni. (lokasi, pantai tok jembal, jam 6.45am, canon A1300)

p/s: berdamping lah dengan mereka yang cintakan Allah, beramal dengan agama berdasarkan dalil, menyeru kebaikan mencegah kemungkaran. Serius, hidup akan terasa level up dan kuat!


27 August 2016

Kenapa aku berada di dunia ini? 12



Bumi penyu.

Lewat ini sering terdetik, mengapa aku di hantar ke bumi batu bersurat ini.

Kenapa aku?

Lewat ini sering terdetik, aku tidak ingat sebarang ucap janji di alam roh yang kini aku di bebani dengan akad itu. Penyaksian yang begitu berat.

Namun Allah tidak akan menguji kita di luar kemampuan kita. Benar, Cuma sakit itu nyata rasanya perit dan luluh.

Darul imtihan. Rasa macam bakal berakhir hakikatnya baru bermula kali, sudah rasa tidak bermaya. Mengharap rehat abadi datanglah cepat. Berasa insan tercorot kelas belakang dalam medan dunia ini, berasa diri tidak melaksanakan tugas yang dibeban sebaiknya, berasa menggunakan kemudahan nikmat Allah bukan untuk jalanNya tapi sekadar kepuasan hawa diri, berasa lemah kerana tewas dengan perasaan picisan yang remeh hinggah sememeh namun bagi aku sangat dalam lukanya, demikian berasa tidak layak berada di dunia ini.

Setiap manusia itu berbeza. Kadang kita tidak dapat menerima dengan akal masakan hal itu ini terjadi, khususnya sikap manusia. Kita sering mengharapkan manusia mengikut acuan jalan kebenaran, namun mereka ingkar waima mengetahui kebenaran dan hal ini merunsingkan jiwa.

Sedarlah, kita tidak mampu memaksa individu untuk mengikut acuan kebenaran sekalipun individu itu tahu akan kebenaran. Itu lumrah, yang di sebut banyak di dalam al-Quran tentang ingkar, ego, degil setelah diberi penjelasan, teguran, contoh kaum yang di perlihatkan Allah dalam quran seperti yahudi nasrni dan musyrikin mekah.

Sejarah membuktikan memang wujud golongan demikian, yang tahu kebenaran , namun menafikan kerana kepentingan hawa diri.

Bila mana kita tiada upaya lagi membentuk mengikut acuan, hanya tawakal dan doa, serah pada Allah, biarkan Dia uruskan pada kadaran yang terbaik. Allah sedang mengatur individu tersebut mengikut aturannya.

Benar, bertawakal melapangkan dada yang sesak, seperti meletakkan beban guni yg di pikul bila menaiki kapal lalu berlayar.

Bila mana terlalu buntu dan sayu, serah sajalah padaNya melaksanakan perancangan dan yakin itu yang terbaik dengan syarat asas, perlu ada usaha untuk menyelesaikan kebuntuan hingga akhir sambil- sambil mengelap hingus.

Kadang, rasa buntu dan sayu itu Allah angkat, tatkala kita mengambil keputusan untuk menyerah urusan padaNya dalam masa yang singkat. Moga bertambah iman, tapi hakikat mudah menyerah urusan adalah tidak begitu mudah, Allah uji kita dengan perasaan. Adeh~

Pertama, sememangnya menzalimi diri sendiri, akibat kebodohan tidak serius menjaga hukum. Hikmahnya, pada masa akan datang akan lebih berjaga- jaga bila berhadapan dengan situasi yang sama.

Buat masa ini, hanya mampu bermain defence jiwa rapuh sambil menyedut hingus dan tuam mata dengan timun sejuk juga kafein sementara menunggu isyarat/alamat berhijrah…atau silibus darul imtihan di sini belum habis untuk berhijrah ke bab seterusnya? Bila episod seterusnya? Di mana lokasinya? Atau tiada sambungan…rehat abadi? Wah…~

La ‘alam.



p/s: Perjalanan memahami dan melaksanakan erti hidup bukan mudah. Sejarah membuktikan jalan yang lurus; iman dan amal memang perit. Tidaklah kita di uji seperti orang terdahulu namun cukup menyesak dada untuk terus melangkah berdasarkan kemampuan setiap individu.

p/ss: Ujian/exam hidup penanda aras ukur kadar iman kita. Baru tahu langit tinggi rendah, lemah n lembik n rapuh rupanya aku nih…adeh.

p/sss: Bila di uji, segala mak nenek yang pernah kita nasihat orang lain akan berbalik pada kita untuk amal. aku pesan berjela ni utk aku dan sapa dapat tempias...sila2.

p/ssss: Nak ajak manusia lain dan diri kepada kebaikan memang perit. Perit, perit sebab orang tak dengar cakap. Rasa macam mau gali lubang 7 kaki, kalo itu yang terbaik.

p/sssss: Berdamping dengan Allah banyak2 wahai nafs. Nak level up maqam kali, hingus kena tubik banyok sikit, apa kau kira engkau tidak di uji bila kata “aku telah beriman” ?

p/ssssss: Kali ini jiwa kacau, seakan versi dekat matrik, tapi lebih cantik susunannya. Sampai bila mampu bertahan, tak tahu. Harap tidak berpaling buat kali kedua…Minta dijauhkan!






Followers