hanya sekadar cebisan pemikir[aku] yang picisan

10 January 2015

Kenapa aku berada di dunia ini? 2



Al- Quran.

Ya, aku jatuh cinta pada al- Quran.

Sejak peristiwa terbaca Quran si Nash, aku jadi addicted untuk tahu apa lagi dan lagi yang Allah kata dalam al- Quran. Aku minta Nash untuk belikan yang sama, namun beliau pun x pasti dekat mana beliau dapat...adeh.

Maka, aku pun menjelajah di kawasan jajahan takluk ketika itu di Kuala Kubu Baru a.k.a pekan koboi, mencari naskhah yang sama macam Nash.

Tiada. Apa sajalah yang ada di situ? Krik krik krik...

Aduh, perit sungguh jiwa! Bila kita mahu sesuatu namun tiada kesampaian.

Namun, pucuk di cita ulam mendatang, perut pun kenyang. Akan diadakan pesta buku antarabangsa di pwtc dalam masa terdekat itu bersamaan dengan tarikh bermula cuti pertengahan tahun. Demikian, aku memutuskan untuk ke sana dan mencari barang buruan, kalau ada.

(Walaupun bersekolah di kuala lumpur, amatlah jarang aku keluar outing dan berjalan, sebab mak dan abah sokmo datang hujung minggu...hohoho. Demikian ke pwtc adalah sesuatu yang besar buat aku)

Err...macam mana nak ke pwtc ye? Kemudian datanglah penyelamat bernama Mira yang mendengar usul aku yang mahu ke pesta buku namun tak tahu menggunakan kemudahan di KL, lalu menjadi sukarelawan membawa aku ke sana menggunakan mak pak beliau, yang sempat belanja makan tengahari lauk minang dan kulit kerbau yang sodap. Nyam3~

Dipendekkan cerita yang tak panjang, setelah berlegar- legar legar legar sehingga gerai yang terakhir, hampir berputus asa,tanpa di sangka tapi berharap, aku terlihat nama booth terakhir di hujung penjuru, "Darul FIkir"...macam pernah dibaca...eh!?

Yep... aku jumpa! Aku jumpaaaaaaaa! Quran bahasa Malaysia!!!

"Saya beli ya" . Tanpa berlengah aku membayar dan bersyukur, Allah permudahkan urusan.

Betapa terharunya, hanya Allah yang tahu perasaan tersebut, ;') Betapa teruja untuk aku balik dan baca!

Pulang, Mira menghantar aku ke pengangkutan awam bernama lrt ke monorel ke aku pun tak ingat seterusnya aku pulang ke Rawang dan mak abah pick up dari sana dan pulang ke KKB.

Sampai di rumah, haruslah membalut bagai membalut buku spbt, menulis nama dan no tel jika hilang tertinggal. Seterusnya, "A'uzubillah..." serta kucupan syukur serta cinta setelah dibaca.

Namun...seterusnya... bermulalah episod pergolakkan jiwa yang mengcengkam!



Followers