hanya sekadar cebisan pemikir[aku] yang picisan

21 March 2015

Kenapa aku berada di dunia ini? 5



Back to the future sekejap, lompat timeline. Mentar kotak hitam masih segar, aku jot down.

Beberapa hari lepas aku hantar rakan serumah balik kampung (baca:mbkt), 3 orang, yang escort 2 orang yakni aku dan in. Lepas makan, salah orang bakal penumpang bas pada malam tersebut; an mendekati aku dan berkata,

"aku ada benda nak citer nih. Nak minta pendapat ko"

I was like, kembangkan telinga untuk dengar...sekali,

"nah baca nih"

lerr...membaca ke, so aku kembangkan mata sambil an tunjuk perbualan wassap beliau dengan seorang manusia jelita.

"kalau boleh jangan tengok gambar dia tu, aku tak nak aibkan dia, nak minta pendapat je ni".

Tapi dah terlambatlah an, tak pa nanti i disconnect beberapa neuron yang berhubung tadi.

Baca punya baca punya caba.

Rupanya, kawan an time sekolah rendah mengalami masalah jiwa, yang dah parah, tapi bulih di rawat lagi sebab subject menunjukan simptom mahu berubah cuma tidak istiqamah/berterusan, kecundang dengan nafsu/hawa.

Masalah jiwa tersebut agak parah, sebab...adalah kisahnya dan hal ini salah satu indicator, masyarakat kita sedang terjerumus ke arah keruntuhan akhlak jahiliyyah yang sangat dasyat jika tidak dibendung.

Namun, lepas sahaja baca perihal tersebut, pandangan yang aku bagi pada an adalah, ko kena bagitahu dia tujuan dia ada kat atas muka bumi ini. Siapa yang ciptakan dia, siapa yang bagi dia nikmat cantik jelita, nikmat makan minum dan nikmat2 yang dia dok rasa sehingga puas waima nikmat yang Allah tak redha. Jadi kalo dia sedar matlamat hidup, dia akan berhenti buat benda yang Allah tak redha malah berdosa besar, dan dia tak akan kesah dah redha manusia apa manusia akan fikir dan cakap kalu dia berubah, sebab kalu Allah redha apatah manusia yang bertaraf hamba nih...redha manusia atau acknowledgement manusia sampai ke sudah memang x mampu kita tunaikan, setiap manusia macam2 perangai..

"ko...kawan aku ni, budak dah lama lost, ko ingat aku cakap sekali pasal hakikat kejadian manusia dan aqidah terus masuk kepala dia ke? Silap2 dia lari. Dia dah lah pernah lari dari geng bff sek ren kitorg, ni baru je dia buat contact"

Ooo...lari eh... kita kejarlah dia macam naruto kejor sasuke. Peace!

Okay2..kira, ni budak rebel bermasalah sikap dan akhlak tapi comei. Err...sejujurnya, aku belum pernah pula punya kawan demikian. So, solusi yang aku mampu pikir dalam masa yang singkat sebelum beberapa jam naik bas begini:

1. Hang carikan beliau kawan perempuan yang boleh menjadi 'qarin'/pendamping yang solehah lah tapi untuk jadi penggalak beliau buat kebaikan. Kalu hang dok dekat dengan dia kan baguih.

2. Hang bangun malam, sujud dan doa banyak2 serta minta ampun dari Allah. Mintak jalan dari Allah dan minta Allah bagi kekuatan kepada kawan hang yang comei itu untuk berubah for real.

Err...baiklah, memandangkan ko nak cari jodoh untuk diri sendiri dulu, setakat ni, hang boleh berdoa dan berdoa dan teruskan hubungi beliau bertanya khabar berserta 'nasihat yang buat beliau x lari'.

Erm...actually, aku lebih gemor 'nasihat yang (mungkin akan) buat beliau lari', so dia tahu kedudukan dia lepas buat dosa dalam islam dekat mana dan apa yang perlu dia buat kalau nak bertaubat dan berubah; jelas/izhar.

Okay, kemudian dia lari...kejar...lari...kejar...lari...ghaib! Ah sudah~

Namun, dengan izin Allah serta doa kita yang istiqamah, hati dia mampu terbuka untuk terima nasihat direct tadi setelah berfikir- fikir ketika ghaib berbulan mahupun bertahun, sebab manusia ni dijadikan dengan fitrah cintakan kebaikan dan kebenaran. Yakin dengan janji Allah untuk makhluk yang berusaha.

(Namun, budaya zaman ini, masyarakat tend to listen to what they want to hear, not what they should be listening.)

Setelah itu aku bobeng2, mungkin terover bobeng kot atau an terkesan dengan 'kalu nak berubah, cari acknowledgement Allah bukan acknowledgment manusia',

Tiba- tiba ,an pula bercerita beliau pun bukan baik sangat. Antara geng bff sek ren tu sorang je yang betul istiqamah ke arah marratus soleha, tu pun kat india, jauh nak jadi penggalak. An kata dia tak cukup kuat untuk berubah, antaranya sebab geng bff, kalau dia berubah, x blend in the geng girls group sebab tak trendy and style, kemungkinan akan dibuang group/lost kawan.

Dush~...sakit jap kepala den.

Aku pun apa lagi, ini lah...inilah dia antara simptom aqidah kita ada problem. An, kita hidup untuk cari redha Allah, bukan redha manusia. kIta kena yakin, percaya, imani, bahawa Allah yang bagi kita nikmat kawan2 tu contohnya. Kalau kawan tu datang dari Allah, Allah jualah yang akan tentukan bila dia nak tarik nikmat yang dia bagi.

Kalau dengan berubah, kita lost kawan baik sejak duduk dalam incubator hospital, itu bukanlah kawan yang terbaik untuk kita. Kawan yang baik, kawan yang seronok kita pulang ke jalan yang benar dan dia pun sama nak join berubah dan kalau dia x bersedia nak berubah, dia alu2 kan ko berubah bukan jauhkankan diri dari ko. Ermm..macam abu talib bapa saudara Nabi, siap bantu Nabi dan lindungi Nabi sebar Islam, tak macam musyrikin mekah yang lain hina Nabi, pulaukan Nabi, sakiti Nabi. Tapi Abu Talib tak peluk Islam sampai ke hujung nyawanya. Isk~

Mungkin aku dari sekolah dah dapat latihan kena pulau dan sejak kena pulau, aku dah train jiwa sebab mak kata, "x da kawan x pa (Allah kan ada)", jadi aku agak persetankan apa yang orang lain fikir, aku adalah aku, aku kau berbeza, tak nak kawan sudah, pigi po bedah~ Selagi apa yang aku buat Allah tak murka, benda alah macam kawan ni kan, Allah datangkan dorang sendiri cari kita.

Namun, benar, aku tak boleh nak suruh ko letak diri ko dalam situasi yang aku alami. Cuma, satu jah lah, kita kena letak Allah pertama dalam hati dan setiap perbuatan keputusan yang kita nak buat. Aku cakap direct je ni, ko letak Allah no. 1 the ultimate in your life. tu je, pahtu ko nak berubah ke apa2 kebaikan ke, insyaAllah menjadi mudah. Aku tak reti gane nok eloborate, tapi directly, like that.

"Tapikan yah, cakap memang senang. Nak ubah pandangan orang/manusia bukan petik jari je"

Kadang2 kita kan an, bertuhan bukan Allah tanpa sedar, Allah bukan ilah dalam hati. Contohnya, duit, makanan, masa, kawan, parents, pointer...

"Parents?"

Tiba- tiba an celah kelihatan berminat.

Yep, mak ngan abah pun boleh jadi tuhan dalam hati kita. Contohnya, bila deme meninggal, kita tak boleh terima hakikat, kita rasa centre of the universe kita dah tak ada, kita rasa hidup dah berakhir, kita meratap, kita lost sebab mak dan abah yang dicintai dah tak ada. Atau, nak gi berjihad/ tuntut ilmu/ tegakkan kebenaran, kita x sanggup, sebab risaukan mak dan abah sapa nak jaga [apply untuk parents yang masih mampu urus diri] jadi x keluar ke medan, sedang Allah kan ada, mintalah dengan Allah, doa jagakan parents kita. so dalam hati kita Allah dulu ke parents dulu?

Aku teringat lah cerpen aku terbaca. Kisah pemuda palestin yang menuntut ilmu di negara orang, dapat berita mak abah dia kena bom meninggal, tak nangis pun, malah siap kata, "tunggu anakanda di syurga ayah dan bonda!". masyaAllah! Dia letak Allah first dalam perkara yang dia alami, dia tahu Allah bersama dia, dia yakin dengan janji Allah, jadi dia imani kematian mak ayah dia tidak sia2, ada hikmah yang sangat besar, syahid.

Tu antara pencetus untuk aku untuk letak Allah depan before mak dan abah. Aku ni an, sangat2 attached dengan mak, so kalau mak tak ada...arghh, actually, aku tak pernah terfikir kalau mak tak ada. Mak selalu cakap "Kamu dah besar dah" tapi aku akan balas balik kata, mana ada kami masih tadika lagi sambil ngempeng bonda macam lah aku kecik lagi, tinggi dah lebih beberapa inci dari bonda.

Nak jadi lagi cerita, aku pun bukan baik sejak azali, baru gak merangkak bertatih pulang ke arah kebenaran, itu pun wong jowo ngomong, celam celum.

Aku risau, aku berubah sorang, kang sorang2 kat syurga (kalu diizinkan masuk...aminnn), aku nak mak dan abah sekali, macam pemuda palestin tadi, kita jumpa di syurga mak dan abah, kakak dan abang. Dah gane ni?

Satu hari di kelewatan matrikulasi, aku terbaca dekat mana tak ingat, para penghafaz al quran boleh bawa ahli keluarga masuk syurga. Wow!

This is great! Dan antara amalan untuk parents yang x putus dalam kubur, adalah anak yang soleh. Jadi...aku try convert rasa overly attached kepada parents tu sebagai booster untuk bahagiakan deme di kebahagian abadi, akhirat, dengan bersungguh fahamkan Quran, konsisten tarbiyah, ubah diri ikut acuan Islam, baru boleh proud depan Allah kata aku telah all out utk follow path nabi macam yg Kau suruh, now...can I enter the heaven with my family o Allah?

Sejak itu, aku telah menanam cita2 nak jadi hafizah sebab nak bawa satu family ke syurga dan berusaha jadi aset solehah untuk mak ngan abah, itu aku rasa hadiah yang paling bermakna buat deme, sambil2 cuba menanam suasana kebenaran dalam rumah dan keluarga, yakni sangat mencabar sebab aku lemah...huhu.

See, letak Allah di depan matlamat, banyak cara untuk kita jadi yang terbaik untuk yang disayangi seterusnya kita disayangi.

"Aku kat rumah, mak ngan abah memang bagus, hampir setiap malam mak aku kejut serta dorang memang bertegas dalam soal agama nih, suasana dekat rumah memang sangat membina, cuma aku, takut nak berubah sebab kawan2 dan... I am just not ready yet"

Huu...untunglah, rumah ko dah sedia hasanah, tapi ko pula di uji dengan takut x bertempat. Aku cemburu, tapi ye lah kan, manusia berbeza, ujian berbeza, jalan cerita berbeza.

"Eh3... Bas....bas dah sampai.."

Ooo..ok2. Semoga adalah yang lekat dihati ko setelah kering tekak ku berbobeng.

"InsyaAllah...aku cuba...next week jumpa, salam!"

p/s: Tahu matlamat hidup; kunci kepada kehidupan yang diberkati.

p/ss: Nak terima hakikat matlamat hidup, kena murnikan aqidah dulu. Hoo...sebab tu, Nabi mula2 dakwah kasi betul tauhid/aqidah dahulu. Hmmm...

p/sss: ntah kenapa, aku lupa nak kongsi ke an tentang al-Quran; yang sentuh hati ini (baca:aku) untuk pulang kepadaNya.

p/ssss: cita2 hafizah...pernah terpadam untuk sekian lama dek leka dengan hawa, tapi segala puji bagi Allah, hari ini(baca:beberapa bulan lepas) Dia aturkan aku menjumpai dengan seorang guru yakni insan yang semangat dia dengan al-Quran sangat hebat lalu tertempias ke dalam jiwa aku, lalu rasa hafizah yang dahulu tidur kini bangun semula dengan rasa yang lebih kuat insyaAllah. Rasa di hati sangat terharu, namun aku hanya mampu menghadiahkan doa setiap hari; moga Allah merahmati, memberkati insan tersebut dunia akhirat, dan semoga kehidupan beliau sentiasa dibawah naungan al-Quran hingga ke hujung nyawa. aminnn.

Followers