hanya sekadar cebisan pemikir[aku] yang picisan

22 November 2010

Aku yakin denganMu.

Aku berlari dan teruskan berlari. Memantaskan pergerakkan, untuk kejar bas pukul 7 pagi. Lepas siap turun tingkat bawah kejap. Ingat nak kemas beg kemudian mau naik bilik balik ambik kunci & hp.

Tiba2, “ nhk, kamu ada kunci bilik x?”.

oh, lidah ku kelu… x terkate kot. Aku & roommate terkunci dari luar!!! Ya Allah, kasihanilah hamba Mu ini. yg sadis, untuk roommate aku ah, baru lepas mandi ! aku, Alhamdulillah, dah siap~……serbe salah gak nak tinggal beliau dlm keadaan lepas mandi tu kan….tapi aku ade kelas dasyat pagi tu…sooo….chow my sis~ ( sebab de housemate lain yang nak tolong roomate ak tu k…)

kunci spare, kene jumpa HEP klu nak, tapi HEP bukak pukul 8. Kelas pukul 8. Alhamdulillah aku dah siap, so gagahkan diri untuk terus ke kelas tanpa hp & kunci rumah lalu meninggalkan note A4 yang berbunyi

“ kak, kami bilik PA2 terkunci dari luar, so pohon jangan kunci pintu depan sampai kami jumpa HEP. TQ”

Dalam bas, kapla dok piker, camna lah x da hp, hari ni kena jumpa k.syety & assigmnt kena hantar. Bismillah, ku berserah ya Allah pada Mu. YAKIN dengan bantuanNYA !

So, habis kelas trus ke jumpa k.syety. ntah kat mana agaknye kan. Main tggu je depan ofis beliau. Time tu mmg berbelah bagi, nak balik rumah jap, jumpa HEP mintak kunci spare @ trus jumpa k.syety? ada jugak rasa mcm tersalah buat keputusan,…..

“ kalo balik rumah tadi, dah dpt hp, so boleh contact k.syety. walaupun lambat sikit, least tau mau jumpa di mana”

Tapi, terlajak perbuatan, camna mau undur? So, Dalam hati YAKIN je lah dengan bantuanNYA.

Dan keyakinan berhasil, k. syety muncul depan mata. Terus bereskan perkara yang x settle. Sekali, jam dah pukul 1pm = HEP tengah rehat. Batal niat nak balik IP. K. syety ajak makan plak.

“ kak, sy mau balik IP, nak pergi HEP ambik kunci rumah. Pastu pukul 2 da lab.”

“la, napa hang x cakap. Kol 1 bukak HEP rehat ka? Skrg x sempat, lab lagi. Jom gi makan”

Erk, kak…

Sambil aku membuntuti beliau, kapla dok piker lagi, betu jugak kata k. syety. Kalau balik sekarang pun x sempat nak lari ke lab yang jauh nun di hujung benua UMS. So, makan =]. Alhamdulillah, nasi goring yang berbaloi dengan ais lemon tea sejuuuk.

Yg lagi hebat, motor k.syety susah pulak mau hidup. Ah, persetankan orang ramai yang menyaksikan pertandingan menghidupkan motor tersebut, yang penting YAKIN & SABAR ! dan usaha terbabit berbaloi, sekurang- kurangnya kami x perlu jalan balik UMS tolak motor….yg pelik, hari tu jugak le, motor tu buat hal…cis!…

“ nak kak hantar sampai SST ka?”

“ er…lab kat IPMB kak, boleh?”

Dan motor terus meluncur ke IPMB. Alhamdulillah, thank you Allah. Cuak gak k.syety ngamok keh… =p

Sempat solat zohor. Pukul 2 tepat sampai kelas, & alhamdulilah , pensyarah belum masuk lagi. Tiba- tiba dr. than kate puan madihah merajuk x mo masuk kelas sebab pelajar tahun satu marin dah buat beliau merajuk pagi tadi. Apahal lak nih?! So, kapla pun ligat cari nila2 yang aku tumpah kan pagi tadi. Cam x da apa2 pun…huh~

Ya Allah. Apa yg aku dah buat.

habis klaz, ktorg pun mintak ler maap kat madam madihah….skali, x de pape pun, dr. than punye prank rupenya….hampeh betol !

Then, lab habis jam 5. Tunggu bs. Esok nak ke odec, dah janji masak nasi lemak, jadi perlu beli bahan, janji mana boleh aku mungkiri dan kenapa dah tahu x boleh tunaikan janji anda berjanji? Adoi~

Eh, aku mana tahu akan sebegini rupanya rupanya hari ini.

Beli belah, trus pecut ke rumah print assignmt. Ah, x da kertas plak !!!, kesimpulan belum buat!!!!!, ejaan belum check!!!!, cartridge belum tukar!!!!. Ya Allah, ampunkan hambaMU ini, aku pohon bantuan n belas kasihanMu ini…..isk~~

Klas pukul 7 ! keluar rumah pukul 7. Hebat !...err…de gak mnta tolong senior, tolong hantar, tapi malang nya kenderaan mereka di pinjam. Tunggu bas dengan rasa kecewa dengan senior (wlpun bukan salah mereka pun…tapi aku manusia biasa)

Akhirnye, bas sampai, tiba di klas pukul 7.30.

“ bismillahimin sulaiman wa bismillahirrahman nirrahim”

“ jgn lah ku di halau keluar kelaz lagi yaAllah. Aku telah cuba berusaha sedaya upaya dan itu jua lah plihan yang kau berikan padaku, dan aku pilih yang terbaik."

Dalam klaz, sibuk menstapler assmgnt yg tebal denga stapler kecik yang smemang nye x lekat, tapi x kire, redah je….dengan ade pulak lukisan biologi pulak dekat kertas a4 nih....kertas lab rupanya…dengan salah no matrix lagi…ya Allah, ampunkan hambaMU ini, pohon bantuan MU…..memang kalut tahap gaban…

Dengan langkah senyap. Nampak kwn yang cam senasib lewat…merangkak dok sebeah beliau, dan mempoyokan diri cam datang awal,…hahaha.

X perlu citer panjang2, aku selamat dalam kelas pengatar pemikiran hari ni, n x kena halauuuu. & yang lebih hebat, sir ucapkan “assmgnt buleh hantar esok !”…….

RASA SYUKUR BUKAN KEPALANG !

Lastly, sekarg aku dlm bas, menaip benda alah ni… ;]

jap, kunci rumah ?????!!! belum settle rupanya !!! tidur di kaki lima? [+_+]/

p/s: kunci rmah tu, telah di settle kan oleh kak donna, ketua rumah…hoh~ Alhamdulillah ! XD

p/s2: so, sentiasa lah yakin dengan bantuan yang bakal Allah berikan !




Allahu'alam


semoga tinta ini bukan semata tinta kerana
hakikat berfikir itu lahir besama tindakan.

01 November 2010

Banyak cabang, satu arah….

“aku nak keluar dari kehidupan yang sebegini”


Suara- suara lemah yg sering aku dengar dari sahabat yang pohon pertolongan. Alhamdulillah, sekurang- kurangnya, masih terdetik kesedaran untuk berubah dalam hati mereka. Sebelum tu perubahan yang yang dimaksudkan kat atas tu, adalah perubahan ke arah kebenaran.

Yang menyebabkan tertulis luahan nih, sebab sorang sahabat nih, beliau mau berubah tapi x jumpa jalan walau dahulu kala ak rasa beliau nih telah dididik[tarbiah]. So, ulang- alik, tang tu jugalah beliau berada, x berubah...so, daku pong mengajukan soalan yang pada hemat ak, merupakan kunci untuk beliau berubah...

“ ehemm..apa matlamat hidop ko ek???”

Beliau balas, “ ermm…ntah lah, untuk mati?”

Heerkk~ tersedak aku. Untuk mati??? Mati??? Matlamat = MATI? Adakah itu matlamat yang relevan?

Sebelum tu,Okay, apa itu matlamat sebenarnye? Berdasarkan kamus dewan edisi keempat, matalamat= sasaran @ sesuatu yg hendak dicapai.

Jadi, mati sebagai sasaran hidup. Macam pelik je bunyi nyer. MMG pelik, mati itu adalah tidak relevan untuk dijadikan sebagai matlamat !

Matlamat sepatutnya suatu yang membakar semangat dan menjana jiwa untuk berusaha bersungguh- sungguh. Matlamat hidup itu juga ditakrifkan sebagai tujuan hidup.

Demikian, sebuah tarbiah yang hebat hilang begitu sahaja kerana, TIADANYA SEBUAH MATLAMAT HIDUP YANG KUKUH DAN BENAR !

Aku mau petik kata- kata seorang penceramah yang aku pernah dgr,

“ orang yang hidup tanpa matlamat yang betul, seolah- olah pemain bola yang bermain bola tanpa tiang gol sebenar.”

Jadi, Aku try ajak sahabat tersebut berfikir kembali tentang tujuan @ matlamat hidup ni. Betapeh pentingnya matlamat idop nih. Matlamat hidup mempengaruhi setiap perbuatan kita. Dengan matlamat hidup, kita tahu apa yang patut kita lakukan dan apa yang x patut kita lakukan.

Jadi, hidup akan lebih terurus dan ter arah. Matlamat hidup x bley sesuatu yang terlalu kecik dan sempit. Conth cam, matlamat hidop mau kaya raya. Agaknye, lepas capai matlamat hidup kaya raya nak buat apa lagi??? Tetapkan matlamat baru???

Banyak plak keje…jadi untuk mudahkan kerja, kita perlu mempunyai gambaran yang besar dan hakiki mengenai matlamat hidup cam Berjaya dunia akhirat.? Still boleh diperspesifikkan lagi, ape takrif anda Berjaya dunia akhirat??? Di dunia tinggal di dalam rumah bangle dan di akhirat berada di syurga???


Aku story ah, matlamat hidup, lain dan x bukan, kalo mau tau, gi baca al- Quran & tafsirnya. Sebagai Muslim, kita seharusnya bersyukur sebab x payah susah2 nak cari big picture tentang matlamat hidop, sebab Allah SWT awal2 dah bagitau dalam al- Quran tentang matlamat hidup. Boleh rujuk al- Quran 2:30 & 51:56.[ mau tahu maksud ayat2 tersebut dengan lebih mendalam, boleh lah rujuk mereka yg pakar dalam bidang ni, ak x layak nak hurai k.]

Kerja kita cuma, expand kan matlamat hidup tersebut kepada pecahan- pecahan yang serasi dengan kita. Pecahan- pecahan tu maksudnya, tindakan kita dalam kehidupan seharian. Kenapa x semua orang jadi doctor??? Sebab setiap peranan manusia itu berbeza, berbeza dari segi kekuatan dan kelemahan.

Doctor akan cuba capai keredhaan Allah melalui tugas beliau sebagai doctor, marine biologist akan cuba capai keredhaan Allah melalui tugasan beliau sebagai marin biologist, pelajar akan cuba capai keredhaan Allah melalui perolehan ilmu yang bermanfaat sebagai seorang pelajar dan sebagainya.

Maka, setiap tugasan yang pelbagai bidang itu merupakan ibadah apabila disandarkan lillahi ta’ala yakni untuk mencapai redhaNYA.


Jdi bila matlamat kita mencari redha Allah, maka automatiknya, setiap perbuatan kita dari bangun tido, masuk tandas, makan, gi kerja @ sekolah, berhibur etc pasti menjurus kearah kebaikkan.

Contoh, bila nak kapel tu, terfikir, bende kapel ni Allah redha x??? Bila jelas dan tekmaktub Allah x redha, kita akan tinggalkan sebab kita tau matlamat hidup ni, bukan stakat puaskan nafsu dan berfoya2… cakap pasal nafsu nih, nafsu ada cara yang halal untuk di lepaskan, nafsu jugak ada cara untuk di jinakkan, yang penting, kita mahu atau tidak, maka jangan jadikan nafsu sebagai alasan lari dari matlamat hidop kita. Banyak lagi contoh lain dari pelbagai peranan cam rasuah, pecah amanah, riba, boros dan segala yang negetif2 belaka.

Kenapa aku nyatakan ni, sebab aku dulu pun x tahu apahal lah aku hidop di atas planet bumi ni dan jawapan kepada persoalan tu aku jumpa bila aku baca al- Quran SEKALI dengan tafsir nya.

Aku start ah story dari awal camna aku bleh nak tau pasal matlamat idop ni, err…panjang ceghitenye,..da masa insyAllah, akan dikongsikan.. jadi nak pendekkan ceghite, bas datang so aku naik bas balik IP. XD !


So, kpd sahabat tersebut, kalo ko baca, harap ukhwah kita berkekalan lah yek, maap x sempat story abes, n x sempat nak sambung balik sbb aku x hebat lagi dalam pengurusan masa... aku juz boleh tlong stakat apa yg aku mampu, yang lain atas keazaman dikau sekiranya benar2 mau hidop yang hakiki !


Mari konklusi…..


Matlamat hidup = keperluan

Matlamat hidup = sebagai gol kehidupan

matlamat hidup yang menguntungkan = tertuju pada dunia & akhirat
= lillahi ta’ala
= redha Allah

matlamat hidup = idea + tindakan


maka,

idea + tindakan = tertuju pada dunia + akhirat


So,

setiap idea + tindakan = lillahi ta’ala


hence,

idea + tindakan = redah Allah


pening plak, therefore :

MATLAMAT HIDUP = MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.


Kalo mau berubah ke arah kebaikan,
kita mesti tahu apa matlamat hidup ,
baru kita boleh rancang perubahan dan laksanakan !


Tahu destinasi, baru boleh bawak kereta !


p/s: maaf penulisan ni menyesakkan. [0_o]/


semoga tinta ini bukan semata tinta kerana
hakikat berfikir itu lahir besama tindakan.



Allahua’lam.

Followers