hanya sekadar cebisan pemikir[aku] yang picisan

22 November 2010

Aku yakin denganMu.

Aku berlari dan teruskan berlari. Memantaskan pergerakkan, untuk kejar bas pukul 7 pagi. Lepas siap turun tingkat bawah kejap. Ingat nak kemas beg kemudian mau naik bilik balik ambik kunci & hp.

Tiba2, “ nhk, kamu ada kunci bilik x?”.

oh, lidah ku kelu… x terkate kot. Aku & roommate terkunci dari luar!!! Ya Allah, kasihanilah hamba Mu ini. yg sadis, untuk roommate aku ah, baru lepas mandi ! aku, Alhamdulillah, dah siap~……serbe salah gak nak tinggal beliau dlm keadaan lepas mandi tu kan….tapi aku ade kelas dasyat pagi tu…sooo….chow my sis~ ( sebab de housemate lain yang nak tolong roomate ak tu k…)

kunci spare, kene jumpa HEP klu nak, tapi HEP bukak pukul 8. Kelas pukul 8. Alhamdulillah aku dah siap, so gagahkan diri untuk terus ke kelas tanpa hp & kunci rumah lalu meninggalkan note A4 yang berbunyi

“ kak, kami bilik PA2 terkunci dari luar, so pohon jangan kunci pintu depan sampai kami jumpa HEP. TQ”

Dalam bas, kapla dok piker, camna lah x da hp, hari ni kena jumpa k.syety & assigmnt kena hantar. Bismillah, ku berserah ya Allah pada Mu. YAKIN dengan bantuanNYA !

So, habis kelas trus ke jumpa k.syety. ntah kat mana agaknye kan. Main tggu je depan ofis beliau. Time tu mmg berbelah bagi, nak balik rumah jap, jumpa HEP mintak kunci spare @ trus jumpa k.syety? ada jugak rasa mcm tersalah buat keputusan,…..

“ kalo balik rumah tadi, dah dpt hp, so boleh contact k.syety. walaupun lambat sikit, least tau mau jumpa di mana”

Tapi, terlajak perbuatan, camna mau undur? So, Dalam hati YAKIN je lah dengan bantuanNYA.

Dan keyakinan berhasil, k. syety muncul depan mata. Terus bereskan perkara yang x settle. Sekali, jam dah pukul 1pm = HEP tengah rehat. Batal niat nak balik IP. K. syety ajak makan plak.

“ kak, sy mau balik IP, nak pergi HEP ambik kunci rumah. Pastu pukul 2 da lab.”

“la, napa hang x cakap. Kol 1 bukak HEP rehat ka? Skrg x sempat, lab lagi. Jom gi makan”

Erk, kak…

Sambil aku membuntuti beliau, kapla dok piker lagi, betu jugak kata k. syety. Kalau balik sekarang pun x sempat nak lari ke lab yang jauh nun di hujung benua UMS. So, makan =]. Alhamdulillah, nasi goring yang berbaloi dengan ais lemon tea sejuuuk.

Yg lagi hebat, motor k.syety susah pulak mau hidup. Ah, persetankan orang ramai yang menyaksikan pertandingan menghidupkan motor tersebut, yang penting YAKIN & SABAR ! dan usaha terbabit berbaloi, sekurang- kurangnya kami x perlu jalan balik UMS tolak motor….yg pelik, hari tu jugak le, motor tu buat hal…cis!…

“ nak kak hantar sampai SST ka?”

“ er…lab kat IPMB kak, boleh?”

Dan motor terus meluncur ke IPMB. Alhamdulillah, thank you Allah. Cuak gak k.syety ngamok keh… =p

Sempat solat zohor. Pukul 2 tepat sampai kelas, & alhamdulilah , pensyarah belum masuk lagi. Tiba- tiba dr. than kate puan madihah merajuk x mo masuk kelas sebab pelajar tahun satu marin dah buat beliau merajuk pagi tadi. Apahal lak nih?! So, kapla pun ligat cari nila2 yang aku tumpah kan pagi tadi. Cam x da apa2 pun…huh~

Ya Allah. Apa yg aku dah buat.

habis klaz, ktorg pun mintak ler maap kat madam madihah….skali, x de pape pun, dr. than punye prank rupenya….hampeh betol !

Then, lab habis jam 5. Tunggu bs. Esok nak ke odec, dah janji masak nasi lemak, jadi perlu beli bahan, janji mana boleh aku mungkiri dan kenapa dah tahu x boleh tunaikan janji anda berjanji? Adoi~

Eh, aku mana tahu akan sebegini rupanya rupanya hari ini.

Beli belah, trus pecut ke rumah print assignmt. Ah, x da kertas plak !!!, kesimpulan belum buat!!!!!, ejaan belum check!!!!, cartridge belum tukar!!!!. Ya Allah, ampunkan hambaMU ini, aku pohon bantuan n belas kasihanMu ini…..isk~~

Klas pukul 7 ! keluar rumah pukul 7. Hebat !...err…de gak mnta tolong senior, tolong hantar, tapi malang nya kenderaan mereka di pinjam. Tunggu bas dengan rasa kecewa dengan senior (wlpun bukan salah mereka pun…tapi aku manusia biasa)

Akhirnye, bas sampai, tiba di klas pukul 7.30.

“ bismillahimin sulaiman wa bismillahirrahman nirrahim”

“ jgn lah ku di halau keluar kelaz lagi yaAllah. Aku telah cuba berusaha sedaya upaya dan itu jua lah plihan yang kau berikan padaku, dan aku pilih yang terbaik."

Dalam klaz, sibuk menstapler assmgnt yg tebal denga stapler kecik yang smemang nye x lekat, tapi x kire, redah je….dengan ade pulak lukisan biologi pulak dekat kertas a4 nih....kertas lab rupanya…dengan salah no matrix lagi…ya Allah, ampunkan hambaMU ini, pohon bantuan MU…..memang kalut tahap gaban…

Dengan langkah senyap. Nampak kwn yang cam senasib lewat…merangkak dok sebeah beliau, dan mempoyokan diri cam datang awal,…hahaha.

X perlu citer panjang2, aku selamat dalam kelas pengatar pemikiran hari ni, n x kena halauuuu. & yang lebih hebat, sir ucapkan “assmgnt buleh hantar esok !”…….

RASA SYUKUR BUKAN KEPALANG !

Lastly, sekarg aku dlm bas, menaip benda alah ni… ;]

jap, kunci rumah ?????!!! belum settle rupanya !!! tidur di kaki lima? [+_+]/

p/s: kunci rmah tu, telah di settle kan oleh kak donna, ketua rumah…hoh~ Alhamdulillah ! XD

p/s2: so, sentiasa lah yakin dengan bantuan yang bakal Allah berikan !




Allahu'alam


semoga tinta ini bukan semata tinta kerana
hakikat berfikir itu lahir besama tindakan.

No comments:

Post a Comment

Followers