google image
Jika kita gagal mencapai kecemerlangan, itu tidak bermaksud masa depan adalah sama sekali GELAP! Masa depan selepas kegagalan itu bergantung pada usaha kita mencorakkan laluan kearah kejayaan.
Kejayaan merupakan satu tiket xpress bagi memudahkan kejayaan seterusnya pada masa hadapan. Manakala kurang kecemerlangan/ kegagalan merupakan satu bentuk ujian yang menjadikan laluan kejayaan seterusnya lebih panjang dan mencabar.
Jangan dipersoal, mengapa ada individu yang diberikan laluan yang mudah dan ada yang diberikan laluan yang sukar? Hal ini kerana laluan – laluan tersebut bergantung kepada sejauh mana kita berusaha dan setiap individu itu mempunyai kapasiti dan tanggungjawab yang berbeza.
google image
Masa depan tiada lagi…?
Masa depan itu, masih lagi sebuah rahsia. Maka hal tersebut bergantung pada matlamat hidup kita. Jika suatu kejayaan itu menjadikan kita berasa berjaya di puncak, itu bermakna kita masih jauh dari mengetahui akan matlamat hidup yang sebenar. Ingat kejayaan itu hanya tiket bagi memudahkan laluan kejayaan pada masa hadapan dan pastinya kemudahan itu satu kelebihan! Jika kita gagal menggunakan kelebihan tersebut, tidak mustahil kkta akan jatuh kecundang mungkin lebih parah dari mereka yang gagal.
Segalanya berbalik kepada matlamat dan tujuan hidup ini, mencari keredhaan Allah. Jika kita mengalami kegagalan , dan sedar akan hal itu lalu memperbakiki diri, maka tidak mustahil kita akan menjadi sebahagian orang- orang yang berjaya. Maksud sedar akan kesilapan itu bukan semata FIZIKAL, malah SPIRITUAL, yakni sedar akan akan tujuan Allah menciptakan kita di dunia ini.
Apabila kita gagal, itu tidak bermaksud telah tamat perjuangan kehidupan dan tiada lagi masa depan yang cerah. Hakikatnya, setiap kegagalan di DUNIA ini, kita pasti mampu bangkit dengan kejayaan dengan syarat perbaiki kesilapan dan adanya USAHA. Cuma satu harus diingat, satu kegagalan yang tidak mampu kita untuk bangkit meraih kejayaan, yakni kegagalan di AKHIRAT! Maka , bila kita gagal di dunia ini, jangan terlalu berduka, masih ada peluang untuk bangkit dan berjaya, bukan sahaja di dunia malah di akhirat.
google image
Menjadi bijak itu satu kelebihan…
Bertindaklah secara bijak apabila :
1) Mencapai kejayaan, kita memandu kejayaan tersebut kearah kejayaan akhirat.
2) Menemui kegagalan, kita memandu kegagalan tersebut kearah kejayaan akhirat.
p/s: Kejayaan itu satu tiket/kelebihan yang memudahkan kehidupan. Namun, ini TIDAK BERMAKNA GAGAL ITU WAJAR, kerana apabila kita gagal, kita berada beberapa langkah ketinggalan di belakang orang- orang yang berjaya. Maka sedikit sakit untuk catch-up dengan mereka yang terlebih dahulu berjaya ini. Walau apapun, Allah Maha Adil, insyaAllah kejayaan akhirat menanti kita dengan syarat, kita mesti berUSAHA dan perbetulkan matlamat hidup. ;)
semoga tinta ini bukan semata tinta kerana
hakikat berfikir itu lahir bersama tindakan.
hanya sekadar cebisan pemikir[aku] yang picisan
30 July 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment