[nih pong sebahagian tugasan yg mau di share...x edit lagih gak..]
Sejak manusia mula menduduki bumi ini beribu tahun dahulu, mereka telah pun mempunyai sistem kepercayaan. Sistem kepercayaan sebenarnya merupakan satu keperluan kepada setiap individu yang bernama manusia. Sistem kepercayaan lahir apabila manusia memerlukan sesuatu sebagai tempat bergantung. Hal ini berlkau apabila manusia menyedari tidak semua aspek kehidupan itu dapat dijelaskan oleh manusia maka, mempercayai akan kewujudan sesuatu yang lebih berkuasa adalah keperluan bagi menjawab persoalan- persoalan kehidupan. Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan sistem kepercayaan? Menurut Kamus Dewan Edisi ke Empat, kepercayaaan membawa maksud anggapan atau kauan bahawa sesuatu itu ada yakni benar atau kepercayaan jua membawa maksud keyakinan.
Kepercayaan memerlukan sesuatu sebagai sandaran untuk meletakkan keyakinan yang jitu. Dalam konteks ini, kepercayaan atau keyakinan adalah disandarkan kepada Tuhan, yakni manusia yang percaya dengan kewujudan pencipta yang mencipta alam ini. Kepercayaan juga boleh didefinasikan sebagai iman ataupun faith. Kepercayaan ini bukanlah sesuatu yang tetap dan sentiasa kukuh. Sambil menjalani kehidupan, kepercayaan ini mampu untuk menjadi semakin kuat mahupun semakin rapuh (Wilfred, 2004 : hlm 327). Kepercayaan ini juga bersifat universal (Huston, 1999 : hlm 414). Apa yang membezakan system kepercayaan adalah ajarannya, sama ada percaya akan satu Tuhan yakni monotheism atau percaya akan pelbagai Tuhan yakni polytheism.
Iman atau kepercayaan diungkap dalam dua bentuk perilkau yang besar iaitu ritual dan moraitalis ( Wilfred, 2004 : hlm 306- 307). Ritual di sini bermaksud, mengekspresikan kepercayaan atau keimanan dalam bentuk seperti sembahayang, puasa, upacara korban dan setiap individu melkaukan dengan cara yang berbeza setrusnya inilah yang membentuk ajaran- ajaran agama yang terdapat di dunia. Manakala perilkau moritalis pula adalah tindak tanduk sesorang itu bermaksud perbuatan moral atau akhlak yang baik berdasarkan kepercayaan yang dipegang. Ada segilintir yang hanya menyatakan kepercayaan meraka tanpa menzahirkan ritual dan moralities. Namun, kepercayaan itu hanya kan hidup sekiranya keimanan itu disusuli dengan perbuatan seperti mana teolog yang menyatakan “ iman tanpa perbuatan adalah mati.” (Wilfred, 2004 : hlm 307).
google image
Pasti golongan yang tidak mempercayai akan kewujudan kuasa besar yang menjadikan alam ini akan mempersoalkan, mengapa perlunya sistem kepercayaan ini? Persoalan ini terjawab hanya dengan memerhati setiap aspek kehidupan. Bagi mereka yang tidak mempunyai kepercayaan, mereka mungkin bersetuju bahawa dunia ini hanya mempunyai satu entiti sahaja, yakni fizikal atau jasad semata- mata, tidak kiralah manusia, haiwan, tumbuhan, bumi dan angkasa. Namun, mereka yang tidak mempunyai kepercayaan ini seharusnya berfikir semula, adakah sagala benda di dunia ini boleh dinisbahkan hanya kepada entiti fizikal sahaja? Tentulah tidak. Setiap individu yang bernama manusia secara fitrah memerlukan kepercayaan untuk menjawab persoalan yang timbul dari kehidupan mereka terutama apabila berhadapan dengan keadaan yang tidak dapat disandarkan kepada entiti fizikal semata- mata.
Entiti fizikal di sini bermaksud, sesuatu yang dapat diukur , dirasa, dilihat dan mempunyai bukti empirikal akan kewujudannya. Sebagai contoh, minda. Tiada seorang manusi di dunia ini mapu membuktikan kewujudan minda, begitu juga dengan perasaan, takdir dan juga tarikh kematian. Dalam buku Comparative Religion For Dummies, menyatakan kepercayaan merupakan cara manusia untuk memahami kelahiran, kematian, nasib baik dan malang dan perkara-perkara yang berlkau dalam kehidupan manusia (William; Mark, 2008 : hlm 10).
Apabila manusia bertemu dengan persoalan diatas, meraka akan mencari jawapan dan apabila sains tidak mampu menjawab persoalan tersebut, maka alternative yang ada adalah dengan mempunyai kepercayaan kepada suatu kuasa ghaib yang berkuasa dalam kehidupan ini. Dengan agama, perkara- perkara yang tidak mempunyai entiti fizikal mampu dijawab dan pastinya jawapan yang diperolehi adalah berbentuk rohaniah. Demikian, membuktikan, bahawa manusia atau dunia ini sebenarnya tidak hanya terbentuk dari sebuah entiti fizikal sahaja bahkan ia terbentuk hasil daripada dua entiti iaitu fikizal dan rohani.
Bagaimana ingin membuktikan lagi bahawa setiap manusia itu perlu kepada kepercayaan? Mudah sahaja, contohnya apabila individu itu hanyut keseorangan di tengah lautan yang luas, di dalam hatinya, pasti akan terdetik untuk memohan bantuan kepada suatu kuasa yang melampaui jangkan kuasa manusia iaitu Tuhan. Mengapa hal ini terjadi? Kerana manusia itu sememangnya dicipta mempunyai dari dua entiti, fizikal dan rohani.
Apabila berada di tengah lautan, segala keupayaan fizikal tidak lagi mampu memberikan harapan untuk diselamatkan, yang tinggal hanya rohani, iaitu iman atau kepercayaan. Manusia sebenarnya sering impikan mempunyai kuasa- kuasa besar yang mampu membantu mereka, lalu disebabkan inlah, lahir filem- filem superhero yang menggambarkan sesuatu kuasa yang mustahil tidak dipunyai oleh manusia. Fenomena filem manusia superhero menjelaskan, bahawa manusia itu ssememangnya memerlukan kepercayaan.
google image
Tidak semua perkara di dunia ini mampu dirungkai oleh manusia melalui kajian yakni sains bahkan kepercayaan juga merupakan tunjang kepada lonjakan tamadun- tamadun dunia yang hebat suatu ketika dahulu (Ninian, 1989 : hlm 9). Oleh itu, dapat dilihat kebergantungan terhadap kuasa besar yakni kapercayaan kepada Tuhan merupakan satu keperluan bagi setiap manusia sama ada individu itu menerima atau menafikan akan hakikat ini.
semoga tinta ini bukan semata tinta kerana
hakikat berfikir itu lahir bersama tindakan.
hanya sekadar cebisan pemikir[aku] yang picisan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment