hanya sekadar cebisan pemikir[aku] yang picisan

31 July 2011

Wanita: diskriminasi @ eksploitasi?

disclaimer**tulisan ini adalah pendapat peribadi penulis berdasarkan pegangan hidup beliau yakni ISLAM, sebarang percangahan pendapat, terguris hati dan perasaan adalah tanggungjawab pembaca dan dialu-alukan untuk meninggalkan pendapat di hujung pembacaan. Terima kasih**

[nih pong sebahagian tugasan yg mau di share...x edit lagih gak..]





Dewasa ini, wanita sering dikatakan didiskriminasikan oleh masyarakat. Namun hakikatnya, wanita itu bukan didiskriminasikan malah sebenarnya mereka dieksploitasi oleh pihak- pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebagai contoh, wanita dijadikan sebagai iklan untuk mempromosikan barangan atau perkhidmatan yang sebenarnya tiada langsung kaitan dengan wanita. Wanita iklan itu dipakaikan dengan pakaian yang menjolok mata untuk menarik pelanggan.

Begitu juga dengan perlumbaan kereta atau motor contohnya, pasti terdapat gadis sirkit yang berpakaian menghairahkan. Mengapa ini terjadi? Kerana ingin semangat pelumba? Mungkin para pelumba pengusti akan lebih bersemangat kerana didampingi jelitawan namun secara tidak sedar wanita tersebut sebenarnya hanya digunakan sebagai alat atau bahan untuk menimbulkan rasa ghairah dan menarik ramai penonton. Wanita juga dieksploitasi oleh bidang fesyen terutamanya.


Para pereka fesyen memperkenalkan fesyen yang dikatakan moden dengan menampilkan bentuk badan wanita dengan lebih jelas dan terbuka. Adakah apabila mengenakan pakaian yang sedemikian, itu barulah yang dikatakan sebagai moden dan bertamadun? Tentulah tidak. Pengeksploitasian di atas lebih menunjukkan betapa tidak bertamadunnya sesuatu masyarakat dan hal inilah yang berlkau di alam masyarakat kita hari ini yakni wanita sebenarnya tidak diangkat martabatnya. Malah lebih menyedihkan, wanita itu telah dijadian sebagai simbol seks! Demikian, tidak hairan, banyak wanita menjadi mangsa kerkausan manusia yang berperangai haiwan kerana wanita zaman ini, tidak lagi diangkat mulia oleh kapitalis.

Islam datang dengan ajaran-ajaran yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah. Bagi masalah pededahan aurat, Islam datang membawa tututan supaya menutup aurat. Menutup hampir seluruh tubuh badan atau bahagian aurat (keaiban) dan hanya mendedahkan muka dan tapak tangan bukan mengkongkong, tapi menyelamatkan wanita dari pengeksploitasian zaman globalisasi ini. Menutup aurat tidak semestinya harus menggunakan pakaian yang digunakan oleh bangsa- bangsa yang sinonim dengan Islam seperti jubah, malah menutup aurat sebenarnya boleh menggunakan apa jua pakaian selagi mana pakaian itu tidak terlalu sendat sehingga menampakkan bentuk badan, tidak jarang dan tidak terlalu menarik perhatian orang ramai.Tuntutan supaya wanita menutup aurat adalah untuk menjaga maruah wanita dan tidak mendedahkan kecantikan wanita di khalayak ramai (Muhammad Abdul Rauf, 1977 : halaman 26).

Tuntutan ini bukan beerti membatasi hak kemanusiaan atau kebebasan wanita untuk mempunyai kuasa ke atas badannya. Kelkauan menutup aurat menunjukkan kesopanan dan kesusilaan, dan hak persamaan adalah manis dan mempesonakan. Hal ini akan mengelakkan wanitan dari fitnah pandangan lelaki. Dengan itu, wanita jika menutup aurat akan terjagalah maruahnya, terjamin kesopanannya dan terlindung kecantikannya daripada dinodai orang yang tidak bertanggungjawab. Kebebasan dan hak kemanusiaan bahkan akan lebih meningkat. Wahana, kejadian-kejadian seperti rogol dan zina dapat dielakkan. Ingat, wanita itu tidak seharusnya menjadi simbol seks!

Islam datang bukan untuk mendiskriminasi wanita, TETAPI untuk MENGANGKAT MARTABAT wanita ke aras yang selayaknya seorang wanita di perlakukan.

TIdak percaya? Sila rujuk zaman jahiliyah arab sebelum kedatangan Islam serta zaman kegelapan di eropah sebelum mereka menceduk ilmu daulah Islamiah, bagaimana wanita itu diperlakukan!


kerana dirimu, begitu beharga~



semoga tinta ini bukan semata tinta kerana
hakikat berfikir itu lahir bersama tindakan.

No comments:

Post a Comment

Followers