hanya sekadar cebisan pemikir[aku] yang picisan

07 March 2012

JIWA KACAU

Bila tangan mula menari, hati mula berlagu. Tertanya- tanya, mana arah, mana tuju, di mana hujung di mana penamat. Bila tangan mula menari, seakan asyik namun tiada ketemu jawapan.

Pertama- tamanya, cuba mengimbas akan diri. Sepanjang rehat, tiada kemajuan diri, kemajuan hidup. Hanya sekadar, duduk di penjuru, mununnggu masa berlalu. Tiada ibrah mahupun sempadan.

Kadang- kala terasa diri masih mencari jawapan yang telah terjawab.

Cuba mengukir diri yang baharu, semangat yang baharu tapi seperti biasa tidak mudah. Jatuh terlingkup di bawah tempurung, menunggu insan lain membalikkan tempurung itu kembali.

Masih adakah sinar di hati? Masih wajarkah pilihan dibuat?

Sinar itu perlu digilap, pilihan itu perlunya istikharah.

Taharah sebagai asas ke kehadapan. Taharah itu menggembirakan. Taharah itu cinta.

Jadi, bermulalah dengan taharah.



.::Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih::.



Hati berkerut- kerut.

Masalah hati berpunca bila hati tidak tenteram. Bila hati terusik, bila cinta burputik.

Cinta menjadi racun bila tidak dibendung. Cinta memakan diri bila dibiar menjalar.

Hati ini sakit, hati ini perlu dirawat.



.::Bertasbihlah ke atasNYA::.



Namun, kekuyuan mata bila mengenang hidup dan hati bakal segar, apabila digemparkan dengan permasalahan ummah!

Maka, ayuhlah fata, perbaiki SUBUH dan ISYAK denganNYa di awal waktu berjemaah, lalu marilah BANGKIT memperbetulkan UMMAH.

Apalah jiwa kacau jika bukan kerana UMMAH!






p/s: tapi, diri ini masih manusia biasa, yang berhadapan dengan hidup, jiwa serta hati kacau~ ++’

Mungkin itu yang dimaksudkan, iman adalah tidak malar.





semoga tinta ini bukan semata tinta kerana
hakikat berfikir itu lahir bersama tindakan.

No comments:

Post a Comment

Followers