hanya sekadar cebisan pemikir[aku] yang picisan

16 January 2013

Bersyukur…err, tapi takut nanti….

Musim peperiksaan sedang berlangsung dan ada yang telah pulang berjimba- jimba meraikan kemerdekaan semester 1 universiti.

Ada yang kecewa menungging gara- gara tidak dapat menjawab soalan.

Ada yang tidak berperasaan, yang beliau tahu hidup perlu diteruskan.

Mataiii...imma Attenborosaurus conybeari ....er...11 jun ada apa?

Demikian pelbagai ragam manusia apabila menghadapi suatu yang dipanggil peperiksaan.

Symptom tidak dapat menjawab adalah normal. Simptom ini boleh didiagnose kepada dua kategori:

1. Tidak dapat jawab kerana tidak menelaah langsung/ malas
2. Tidak dapat jawab kerana telah menelaah bersungguh bahagian lain, namun bahagian yang tidak disangka yang muncul.

Untuk kategori pertama, itu adalah normal dan karma. Bila tidak membaca, maka tidak tahu jawab. Itu normal. Individu dalam kategori 1 adalah tidak wajar untuk menyalahkan soalan kerana diri sendiri tidak bertanggungjawab membaca. Tindakan yang wajar bagi individu dalam kategori 1 adalah bertaubat dan meninsafi ketidak mampuan untuk menjawab tadi lalu berjanji pada diri untuk membaca bersungguh pada peperiksaan yang akan datang. Maka apabila individu kategori satu yang telah bertaubat tatkala mendapat keputusan peperiksaan beliau, ia akan berlapang dada atau bersyukur dengan keputusan yang di perolehi kerana beliau tahu setakat itulah usaha beliau pada suatu ketika dahulu dan telah berazam untuk memperbaiki keputusan tersebut pada peperiksaan berikutnya.


Kategori 2 pula adalah satu bentuk ujian buat individu tersebut. Tuhan Maha Pengurnia, Dia mampu memberikan rahmat dan ujian. Kategori 2 adalah ujian yang berat untk menilai keyakinan individu terhadap Allah Maha Pemberi Rezeki. Allah menjanjikan nikmat buat mereka yng berusaha, dan nikmat itu mungkin jatuh segondol di depan mata dan mungkin dating berperingkat- peringkat. Individu yang berusaha namun masih tidak mendapat hasil yang dijangkakan haruslah yakin dengan janji Allah. Contoh, kita tidak mampu menjawab soalan setelah menelaah dan hasilnya keputusan yang teruk. Siapa tahu dengan keputusan yang teruk itu mendapat pekerjaan yang lumayan yakni agak mustahil dengan keputusan sebegitu. Mungkin syarikat tersebut tidak melihat keputusan tapi peribadi kita, siapa tahu? Hanya Allah yang tahu dan setiap rezeki dating dariNYa dan tidak mustahil untuk contoh tersebut menjadi kenyataan.



Kesimpulannya, masalah takut akan tidak mendapat rezeki yang baik itu seharusnya di ubah dengan yakin dengan setiap pemberiaan Allah. Yakin walau seburuk mana keadaan kita, sedasyat mana ujian yang dihadapi, rezeki Allah itu pasti ada untuk mereka yang percaya, bersyukur dan paling penting berusaha.

Pointer 2.XX tidak sampai 3.0 bukan sebab untuk individu menghukum diri dan individu lain. Setelah kita berusaha dan itu yang diperolehi, itu seharusnya menjadi asbab untuk kita bersyukur dan yakin rezeki disebalik kesedihan tersebut. YAKIN.

YAKIN dengan rezeki dari Allah setelah berusaha namun gagal adalah suatu sifat yang optimis.
Ahli optimis sentiasa positif. Positif aura yang sihat dan aura orang Berjaya.
Berjaya terlalu banyak definisi yang boleh dirungkai. Secara umum, Berjaya di dunia dan akhirat.


Tapi ingat, Yakin dengan rezeki Allah ini hanya valid untuk kategori 2, mereka yang berusaha. USAHA.


hakikat berfikir lahir bersama tindakan

No comments:

Post a Comment

Followers