Mencari jalan pulang itu tema hari ini.
Namun lebih kepada perkongsian bagaimana aku menjumpai jalan dan jawapan kepada persoalan di atas.
Al- Quran. Ya, Qalam Allah. Risalah terakhir dari Allah yang diturunkan melalui Jibril kepada Nabi Muhammad seterusnya di jilidkan menjadi kitab pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a.
Aku bukanlah seorang Muslim yang benar, lebih kepada Muslim yang diwarisi. Demikian, Islam itu tiadalah subur dan difahami di dalam jiwa, hanya sekadar mengaji, solat, puasa, raya, zakat, babi dan anjing itu najis dan haram. Itu pun buat bila disuruh, diri sendiri jangan harap, rasa bengang Islam ni mengongkong. Hal ini berterusan hinggalah ke sekolah menengah.
Pada suatu hari, di tempat aku belajar, lebih tepat tingkatan 4, aku terdetik untuk mengetahui apalah yang Allah berkata di dalam Al quran yang aku dan manusia- manusia lain so called Islam sibuk dan x sibuk baca termasuk aku yang turut di paksa belajar mengaji oleh ustazah dan mak. Ya, hanya detikkan itu, lebih tepat rasa penat baca sebab tidak faham apa yang di baca, hampir kepada putus asa.
“Kalaulah benar, Islam ini agama yang benar, tentu Allah mention reasoning dalam Quran ni”, monolog aku sambil belek buku dekat surau asrama puteri, cari terjemahan.
Rasa penat kena solat, kena itu ini, apa pasal la Islam ni susah. Rasa penat yang mendorong mencari jawapan sebelum aku buat keputusan.
“Tafsir al-Azhar, Hamka.”, menjumpai satu-satunya terjemahan merangkap tafsir yg wujud di surau tersebut.
Maka, " Apalah yang aku baca selama kene paksa ni?". Namun, terjemahan yang dijumpai pada ketika itu banyak dalam bahasa indonesia yang memang aku sakit mahu membacanya.
“Bisa? Bisa ular ka apa nih…butuh? Biar betul mencarut apa ni? Kapan?kain kapan??? Arghh!”.
Setelah misi mencari terjemahan yang kena dengan jiwa namun x jumpa, aku rasa geram dan menyampah dengan sistem penterjemahan negara.
Demikian, aku putus asa untuk membaca terjemahan Indonesia walaupun aku separuh dari nusantara jawa tengah, mungkin kerana separuh lagi dari Goa. Demikian, aku kembali ke rutin hanya setiap malam khamis sahaja di surau Ar-Rahman beramai- ramai, "Yaaa...sinnn...". itu pun sebab malas mau dengar bebelan warden halau turun.
Malam berganti siang, hari berganti minggu, bulan berganti ganti.
Rakan sekelas merangkap rakan satu dorm, Nash, berkeliaran ke surau An- Nur dan dorm dengan naskah Al- quran beliau yang berwarna hitam. Selalu beliau meletakkan naskah tersebut di atas katil.
"Rajin betul si Nash ni baca quran...seronok ke?" dan begitulah rutin aku melihat Nash hampir setahun setengah dan aku masih kekal dorman dengan rutin islam terpaksa untuk elakkan bebelan badan dakwah rohaniah sekolah.
Pada suatu hari yang lain di pertengahan tingkatan 5, Allah masih sayangkan aku. Aku terpandang naskah yang sering dikelek Nash di hujung katil beliau dan terdetik untuk membelek.
"Colour hitam...nice...eh, siap ada terjemahan ke?...indonesia lagi le gamoknye...............Nash, ooo nash! Aku pinjam jap quran kau ni ye!"
"Ok..ambillah" nash jawab sambil sibuk mengemas loker.
Aku mula mencapai naskah tersebut yang kelihatan anggun dengan tulisan keemasan. Masih Skeptik.
"Hmm...Indonesia lagikah?" Aku mula membuka naskah tersebut. Satu- satu terjemahan al- Fatihah aku baca. Kemudian 5 ayat pertama al- Baqarah...
"Eh...macam bahasa malaysia lah pula... Ini sudah bagus!" keriangan lalu aku belek2 depan ke belakang.
"Wow...!" Quran tersebut siap ada summary index dekat belakang tentang kandungan Quran and ada warna tajwid, tulisan x kecik x besar, dan paling penting dalam bahasa malaysia!
Aku berjoget kegembiraan. Walaupun aku x tahu apa yang bakal aku tahu, jawapan yang bakal menjawab.
Pertama kali rasa seronok baca al- Quran faham maksud tanpa masalah vokabulari walaupun ada ayat- ayat yang aku kurang jelas konteksnya. Satu perassan pengembaraan berkomunikasi dengan Tuhan, satu perasaan yang aku tak dapat gambarkan hanya jika diri sendiri mencuba berkomunikasi dengan Tuhan.
Walaubagaimanapun, ruang masa untuk aku baca adalah terhad, yakni hanya selepas Nash x menggunakan Quran beliau.
"Ini tidak boleh jadi! Aku kena dapatkan satu yang serupa. Banyak lagi aku nak Allah jawab pertanyaan aku weh!".
Realiti baru bermula.
hanya sekadar cebisan pemikir[aku] yang picisan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment