writer's suggestion: klik dolu link nih dan ini , baru baca ;D
Ramadhan.
Kini tinggal 10 malam terakhir.Rumah- rumah Allah yang dulunya meriah dengan berbondong- bondong manusia kini, sedikit sunyi. Sibuk mungkin di rumah menjelang Aidilfitri yang lebih kurang seminggu kunjung tiba. Sedang, ganjaran terbesar Allah buat umat Muhammad S.A.W berada pada 10 malam terakhir Ramadhan!
Ramadhan.
Masih wujud, golongan yang tidak menikmati sepenuhnya keberkatan dan rahmat Ramadhan, hanya sekadar berlapar dan dahaga. Mungkin, mata hati tiada lagi cahaya atau diri tidak mahu mencari cahaya? Tiada lagi syaitan yang mahu dipersalahkan, maka mahu tak mahu, jari ditunding pada diri sendiri. Sedang di bulan yang mulia ini, hati itu lebih mudah dipupuk kerana nafsu itu tunduk kepada lapar dan dahaga, mengapa diri tidak membuka langkah?
Ramadhan.
Penutupnya kini ligat disambut oleh segelintir bukan dengan air mata dan taubat, tapi dengan dentuman mercun dan meriam. Tapi, ada juga yang menyambut hujung Ramadhan linangan air mata apabila kebaaaboooom~ hilang jari jemari. Ada seketika, penghuni di rumah terdetik, eh, ni Hari Raya atau Gong Xi Fa Cai?
meraka di Palestin berdoa agar dentuman- dentuman ini berakhir, tapi kita? kita? kita? Ada baiknya, dibuat lemang...
Ramadhan.
Medan tarbiah unggul penuh barakah yang semakin menyusut pergi, hati berlagu sedih saat mengenang tersangatlah sedikit manfaat yang diambil berbanding seluas yang Allah berikan. Hati berlagu duka, mengenang tipisnya perubahan ke atas diri.Hati berlagu sedih, akan ketemukah dengan Ramadhan yang akan datang?
Amatlah malang jika hati tidak menangis saat Ramadhan menghitung pergi namun diri tidak berubah.
Amatlah malang jika mata tidak basah mengenang begitu banyak dosa- dosa dan begitu sedikit masa yang tinggal.
Amatlah malang, jika hanya nikmat Aidilfitri yang ditunggu namun nimat Lailatul Qadr dibiar berlalu tidak ditunggu apatah dicari.
Amatlah malang jika Ramadhan sekadar Aidilfitri tanpa isi sewaktu kita lapar dan dahaga.
dan amatlah malang, jika diakhir Ramadhan, tidak kita ketemu dengan KEAMPUNAN.
Ya Rabb, ampunkanlah dosa-dosaku dan jadikanlah Ramadhan ini suatu perubahan buat diri ini ke arah redhaMU.
semoga tinta ini bukan semata tinta kerana
hakikat berfikir itu lahir bersama tindakan.
hanya sekadar cebisan pemikir[aku] yang picisan
20 August 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment