hanya sekadar cebisan pemikir[aku] yang picisan

28 August 2011

usaha itu?

"usaha tangga kejayaan"

cukup sinonim dengan kehidupan khususnya pelajar. Tapi buat insan yang bernama Aku, acap kali disebut- sebut, dalam karangan dan pebahasan namun amatlah sedikit sekali aplikasinya. Sejak kecil, aku memang jarang berusaha dengan tekad sendiri, hampir kesemuanya, atas dorongan pihak lain yakni mak abah,cikgu2, pensyarah2 dan rakan2.

Usaha yang benar2 sebuah usaha hanyalah ketika menghadapi SPM subjek Add math, dari tidak pernah lulus sejak form 4 hingga form 5, ketika SPM ak berjaya mendapat kepujian...err, orang kata SPM Add math 1 markah pong dah lulus ek? huhu, x kisah lah, yang penting sebulan sebelum SPM aku buat latihan past year dengan sendiri dan saat tu lah pertama kalinya, aku fham apa benda sebenonye Add math tu =='...

terasa sedikit sebekz...heiizzz...


Tu, kali pertama aku benar- benar berusaha...seterusnya, back to nature, dengan sikap sambil lewa [bajet cool ++]. Allah Maha Pemurah, selama aku dengan sambil lewa, setiap result yang aku terima sama ada akademik mahupong bidang lain, masih lagi enak- enak belaka. Tapi, Allah sayang aku, Dia x mau aku terus bergelumang dengan kesambilan lewa [baca: MALAS], maka kali nih, keputusannya amatlah meremukkan jiwa lagi sadis dan keciwa tapi cukup untuk menyedarkan aku akan apa itu USAHA!

Memang selama nih pong aku sedor, setiap perkara yang kita mahukan perlu ada usaha, ya! tapi usaha aku takat pemikiran, tang realisasi tu yang x da. Hari ni, aku sedar yang nikmat tanpa usaha tu adalah ujian dari Allah, tengok kita nih reti sedor diri ke x. Dalam kes aku, x sedor2 diri, bila nikmat ditarik baru terhantuk! adeh~

Demikian, luahan manusia yang baru tersedar yang dia [baca: aku} perlu berusaha bukan takat pikir je, tapi usaha dalam bentuk tidakan juga. Then, baru boleh tawakal pada Allah dan Dia akan nilai kerja kita sama ada berbaloi diberi kecemerlangan atau lebih berbaloi di tangguhkan dulu kecemerlangannya.

Oleh yang demikian, tu yang aku agak makan dalam dengan quote yang aku reka sendiri :

"hakikat berfikir itu lahir bersama tindakan" (nhkr, 2008)

[dah sedar sejak 2008, tapi takat dalam kepala jeh, tangan kaki x sedar2]


Oleh itu, aku mahu mengajak diri aku [baca: nhkr] dan anda yang sedang membaca, BERUSAHA lah!



Jadikan kisahsambillewa aku sebagai pengajaran dan sempadan.


sedang mereka yang tidak mendapat nikmat Islam mampu BERJAYA kerana mereka BERUSAHA, apatah lagi diri ini yang sedia Islam lalu BERUSAHA.


Man jadda wa jada


p/s: USAHA tu luuuuuaaaassss sangat! bukan takat baca buku semata, tapi termasuklah contohnya, BERUSAHA mendapatkan REDHA cikgu/pensyarah dengan contohnya, datang awal ke kelas...


nhkr: Doakan aku berubah dan menjadi manusia yang BERUSAHA & BERGUNA mulai saat nih! Trimas, semoga Allah merahmati anda. :)





semoga tinta ini bukan semata tinta kerana
hakikat berfikir itu lahir bersama tindakan

No comments:

Post a Comment

Followers