hanya sekadar cebisan pemikir[aku] yang picisan
17 February 2014
Aku, kau berbeza.
Pendapat adalah hak/pilihan masing- masing.
Kalau disebabkan perbezaan pendapat kita putus/dingin kawan, pihak yang memutuskan itu adalah sangat tidak professional kerana melibatkan emosi keterlaluan.
Pendapat berbeza buat kita berfikir dengan lebih luas, sama ada mahu terima atau tidak terpulang.
Kalau pendapat anda lebih releven, kita raikan.
Kalau pendapat orang lain lebih releven, kita raikan.
Kalau dua- dua tidak releven, kita kaji lagi.
Sekiranya berbeza pendapat, kita tidak boleh memaksa salah seorang untuk wajib menerima pendapat kerana kita tertakluk kepada hak/pilihan masing- masing, bukan ditaktorism.
Persahabatan/persaudaraan terlalu mahal untuk di gadai hanya kerana tidak sependapat.
Kalau kita lihat dalam sejarah Islam, Nabi Muhammad S.A.W tetap menyayangi bapa saudaranya yang tidak memilih Islam hingga ke saat bapa saudaranya meninggal dunia, sedangkan Baginda Nabi Muhammad S.A.W cuba menyampai dan menyebarkan tentang Islam kepada beliau dan orang ramai. Hal ini kembali kepada penyataan tentang hak/pilihan masing- masing.
Sepanjang penghidupan, kita berhadapan dengan pelbagai pilihan serta keputusan yang perlu di pilih seperti agama, cara hidup, pendapat, keluarga, rakan, colon isteri/suami, jawapan obektif ketika peperiksaan dan banyaaak lagi. Hidup ini berkenaan dengan pilihan yang kita putuskan, dan kita akan dipertanggungjawabkan di atas pilihan yang dibuat.
Bak kata pepatah; Berani buat (baca:pilih), berani tanggung (baca: dunia dan akhirat [kehidupan selepas mati]).
Jindan (kiri) dan Domo (belakang) pantang berjumpa, terus tarik muka lalu bertikam lidah gara- gara tidak sependapat.
Walau idealism kita berbeza, persahabatan/ persaudaraan masih boleh diteruskan. Kita bincang tentang persamaan antara kita apabila bertegur sapa, kerana persamaan mampu mendekatkan jurang perbezaan.Apabila berbincang tentang idealism, gunakan konsep berlapang dada.
hakikat berfikir lahir bersama tindakan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment