Untung juga bila orang ada perkara yang tak disukai. Contoh, kak rumah aku tak suka duku kelantan a.k.a langsat, jadi kalau ada dekat rumah memang mereka tak berahi. Alamatnya membusuk kecutlah buah tersebut. Maka, sebelum lalat buah melabuh telur, ada baiknya aku melabuh punggung mengupas lalu mengadap langsat yang tidak digemarii kak2 rumah.
Hehe, rezeki aku lah nampaknya sambil menelan langsat bersama biji. Om nom nom...other people trash, other people mine.
Haa...di sini teringatlah aku tentang Nabi yang tak bagi kita mencela makanan kalau kita tak suka. Benda yang kita tak suka, mungkin adalah kesukaan orang lain. Maka kalaulah kita cerca benda yang kita tak suka dan orang lain yang suka tu dengar, tidakkah mereka berkecil hati sebab mereka suka tapi kita kutuk siap berarak. Cis.
Contoh, kita tak makan petai sebab bau dan rasa. Kemudian ada petai dihidang dan ada kawan kita yang suka petai di situ. Dan kita dipelawa untuk maka petai. Kita tak mahu, dan lagi parah kita siap tambah alasan tidak makan sebab nanti petai berbau lalu kencing berbau, mulut berbau, tandas berbau, busuk! Eii, i tak suka, jijix! Darn...ketika tu apakah perasaan kawan kita yang sedang kunyah petai penuh mulut disebelah kita? Seolah kita tuju khas untuk beliau; kejap lagi kencing berbau, mulut dia juga berbau, dan dia bakal menyebabkan tandas berbau busuk! Eii, u jijix! (terutama alert dengan mereka yang bernurani)
Oh, tidakkah tindakan tadi baru sahaja meretakan silaturahim. Lihat? Simple pesan Nabi jangan cela makanan yang kita x suka. Implikasi dia boleh jadi macam contoh dekat atas. You tak suka, you tak perlu makan. Alasan you simpan dalam hati sorang2. Setiap pesanan Nabi sangatlah besar hkmahnya, tak semua orang sama, tak semua orang tahan kutukan dan hinaan.
On nom nom...separuh plastik dah langsat aku telan. Kes aku, kak2 rumah tak condemn langsat yang comel ini, mereka berahi duku, sebab langsat lembik dan berair sedikit. Aku apa kesah? Om nom nom...
"Kam, buat gapo tu?" kak2 rumah tanya dari dalam bilk deme yang jauh mencurigai aktiviti aku yang senyap di dapur.
"Er...perabis duku..ngehehe"
Tiba- tiba aku bangun dengan tgesa- gesa. Ini adalah serius!
Ps: Rupanya duku langsat dan kawan2 mereka adalah sangat 'melawaskan' pabila diambil berlebihan. Tata...aku nak buang lebihan langsat.
Pss: aku tak tahu sebenarnya beza duku dengan langsat dan pengistilahan antara terengganu dan kelantan maka aku pun x pasti aku makan duku ke langsat ke dokong ke...adeh. Sakit perut weh!
hanya sekadar cebisan pemikir[aku] yang picisan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment