hanya sekadar cebisan pemikir[aku] yang picisan
23 February 2015
Kenapa aku berada di dunia ini? 4
Di matrik, aku masih berkeliaran dengan persoalan dan penafian dalam jiwa. Setahun adalah tak lama di matrik dengan kelas yang pack serta latihan tutorial setiap hari mengejar silibus. Oh, ladang ternakan apakah ini?!
Di matrik jugalah, tiga benda yang signifikan (terhadap persoalan penafian tanggungjawab manusia) yang berlaku selama setahun itu;
1. Jawatan
2. Perbandingan agama
3. Orang hebat
Aku teruskan jua pembelajaran, dengan momentum yang kick di awalnya namun siput di hujungnya; gagal focus dan balance sebab fikiran tidak seimbang. Dalam keadaan tidak balance, aku dapati azan di masjid sangat menarik hati ke sana.
Memandangkan masjid an-nur adalah dekat, di situ menjadi tempat kebiasaan aku hang out (sambil menyelesaikan keserabutan kebenaran dalam kepala) lepas kelas, asar, balik kejap urus diri kemudian maghrib dan isyak balik kejap tidoq seterusnya subuh balik kejap siap ke kelas, zohor kejap terus ke lab dan asar serta seterusnya.
Rupanya, kekerapan aku hang over dekat masjid an-nur, diperhatikan oleh kakak2 yang aku ingat nak jadikan aku calon adik ipar, hehe...namun sangkaan meleset kerna deme dok cari calon2 untuk di 'jual' untuk pilihan raya kampusss!
*Ceritera berkenaan jawatan adalah sangat panjang. Di lain waktu, aku coretkan secara teratur. Point no. 3, waktu lain juga. So, kita ,mulakan dengan point nombor 2, perbandingan agama...
...Satu hari, ada ceramah lepas maghrib dekat masjid an- nur,
"Lim Jooi Soon...eh? Chinese? Mualaf kali..."
Yes, beliau adalah mualaf dan sesi ceramah beliau adalah perkongsian beliau bagaimana beliau boleh memeluk Islam serta rintangan dan cabaran sebelum dan selepas. Sangat menarik dan membuka minda, sebab bro Lim tinggalkan satu persoalan yang menjawab persoalan aku,
"Kita semua ada tangunggajawab. Misal kata I belum Islam, I akan persoalkan balik di akhirat nanti yang you all yang Muslim ni tak cuba sebarkan kalimah tauhid kepada I dan family I yang kafir ni".
Adehhh...aku nampak persoalan untuk seru sugarshini, vivian dan seangkatan ke arah kebenaran ada di atas bahu setiap individu Muslim, bukan Nabi ja. Tapi...gane nak oyap? How to start? Bagaimana caranya? @@'
Dalam hati ada rasa takut:
1. Mereka akan lari dan benci tak mau kawan sebab fikir aku nak paksa dorang peluk islam
2. Mereka akan menyebarkan kepada kawan sekeliling, jauhi makhluk ini, dia cuba menyebarkan dakyah islam.
3. Bila bekerja satu kumpulan akan tidak bertegur sapa
4. Mereka mungkin akan rasa islam agama yang ekstrem sebab menganggap agama lain salah, islam sahaja yang betul. [tapi dah memang islam paling latest dari Allah]
Rasa takut nak sebarkan islam dan kebaikan dan mencegah kemungkaran ni bukan sahaja kepada rakan non muslim, tapi kepada rakan yang dah muslim tapi belum kaffah pun sama juga,
1. Nak kejut bangun subuh berkali- kali
2. Nak ajak solat
3. Nak tegur longgarkan baju dan tutup aurat sempurna dan kurangkan make up ala opera cina.
4. Nak tegur tak molek bertenggek atas pondok wakaf dengan lelaki/perempuan yang bukan mahram dalam gelap dan bernyamuk lalu bertepuk tampar; Sep3, tom3.
5. Nak tegur agar berbahasa murni kurang/hentikan carutan.
6. Nak tegur bahawa kita sesama perempuan pun ada batas aurat, pi pakai seluaq bawah kepala lutut hang boleh x? Baju x payah pakai pun x pa.
7. Nak bagitau segala info pasal islam yang kita dengor kat ceramah/kelas agama tapi takut depa lari, x mendapat sambutan/x berminat.
(Arghh...lihat begitu banyak alasan dan ketakutan yang bila aku list kembali leni, rasa ketakutan tersebut adalah tidak bertempat, dan haruslah kembali memperbaiki aqidah; eg, nikmat kawan siapa yang bagi? Adeh...lemah sungguh iman ini.)
Ketakutan tak bertempat tersebut turut memakan diri di tambah tekanan kerana gagal menggerak diri melakukan amar ma'ruf nahi mungkar, lalu aku menangis kuat-kuat sendirian setiap di hujung pejuru hostel tingkat 4 paling atas ditemani tikus mondok lalu lalang, sekali sambil memikir dan bermonolog,
"Kenapa aku? Kenapa aku ya Allah? Aku lemah...aku tak layak...iskk~"
(sepatutnya aku bangun malam bertahajjud dan mengadu pada Allah, bukan menangis di hujung penjuru hostel bersama encik tikus dan cik lipas ...adeiii)
Pada bulan hadapannya, sekali lagi bro Lim menjejakkan kaki ke matrik dan kali ini beliau berkongsi cara beliau meyakini Islam agama yang benar; melalui perbandingan agama yang beliau anuti sebelum islam; buddha, christian dan islam...dan jeng3!
Aku dapat satu point yang membantu di situ, iaitu mengkaji agama/ perbandingan agama. Soalan- soalan yang tidak pernah terfikir muncul dan memandangkan aku adalah islam, maka soalan2 tersebut menambah keyakinan terhadapa agama yang aku anuti, dan jika di alami oleh non muslim, mereka dengan izin Allah akan dapat melihat kebenaran yang cuba islam sampikan sekian lama.
Aku dapati ilmu ini sangat membantu individu muslim memahami islam dari sudut pandangan yang lain dan kita akan ada modal untuk bertanya kepada rakan not yet muslim tentang agama mereka seterusnya membuka ruang untuk pertukaran ilmu dan kebenaran. Begitu juga dengan kawan- kawan yang sedia Islam, persoalan perbandingan agama membuat individu berfikir seterusnya sepatutnya bersyukur dengan melakukan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya.
Ilmu hang belajar macam mana pun, tapi kalau list 'takut' dekat atas masih mekar, tidak ke manalah jawabnya; ya, aku x ke mana- mana pun. Dush~ :(
Hakikatnya, aku masih acuh x acuh, walau dah pegang jawatan, masih mencari- cari erti/cara sebenar hidup di dunia ini. Jawatan hanya ambik masa aku yang berharga, masih tak tenang, berada di masjid sahaja juga tak menjawab, pergi ke kelas baca dan baca dan baca, juga msih samar2, dapat ilmu perbandingan agama, masih tertanya- tanya adakah inilah jawapan kepada persoalan?
Aku end up buat mind map, starting aku hamba Allah, seorang khalifah/pemimpin, kena beribadat, kena mebantu masyarakat ke arah islam dari segi; politik, ekonomi, muamalat, sains, bla3....and bam! Wawiwuu! Banyaknyaaaa aku kena cover!?
Hujung matrikulasi, aku dah x tahan, dok tengok mind map tu 10x sehari, aku pergi jumpa kaunselor, yang kami dok panggil abah. Aku tunjuk dia mind map tersebut, dia kata,
"Kenapa awak tak jumpa saya dari awal? Haih..."
Aku? Sedang meleleh hingus melemparkan tekanan yang aku alami.
"Ni peta minda ni, perfectionist. Dalam dunia, tiada yang sempurna untuk jadi semua benda. Kita ni manusia, start dari alam roh, kemudian..bla3...dunia ni persinggahan...bla3"
Hingus reda, aku x ingat dia kata apa selain dialog dekat atas tu. Namun, aku berasa sedikit lega walaupun tu je input yang aku dapat.
Things were getting clearer, yet cloudy, but I am able to see the light through it, sikit dan masih tertekan!
Setahun tamat, upu keluar sesuatu yang unexpected... Boleh bha kalo ko!
Bolak balik, kali ini bot terbalik!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment