hanya sekadar cebisan pemikir[aku] yang picisan
02 February 2015
Kenapa aku berada di dunia ini? 3
Bila yang di taip hilang, bagai putus asa mahu mengulang semula perahan otak untuk memori 6 tahun yang lalu.
Demikian, menerima kebenaran akan menghasilakan pergolakkan jiwa.
Semua menjadi serba tak kena.
Memandangkan aku mula mendapat kemanisan beragama di tingkatan lima, maka tahun SPM agak huru hara dengan pergolakkan jiwa tersebut, termasuk cikgu cikgi pun risau siap kena panggil jumpa kalau2 band menyebabkan aku menjunam jatuh. Macam biasa aku kata, "Band tak ada kena mengena cikgu, saya ja malas ulangkaji cikgu. Saya cuba ya...". Aku tak tahu nak describe jiwa kacau kepada cikgu menggunakan bahasa manusia.
Aku meneruskan pembacaan kitabullah yang dicintai.
Aku jumpa ayat azab, ayat nikmat, kisah kaum terdahulu, kisah bani israel yang supo ulor [cakap x serupa bikin] dan degil, hukum- hukum dalam kehdupan macam kahwin, jual beli, seterusnya jumpa ayat amar ma'ruf nahi mungkar dan banyakkk lagi.
Wow...like seriously? Manual kehidupan kot. Ini belum baca hadith lagi, mungkin aku bakal tergolek- golek seperti kambing golek.
Hasil pembacaan demi pembacaan,
Aku jadi acuh tak acuh dalam kelas, trial, kelas tambahan, study group, band, sosial bersama rakan satu batch dan semua benda dalam tingkatan 5 tu lah. Aku merasakan mengaji dan memahami quran adalah lebih penting berbanding perkara2 di atas. Sampai Ziqah classmate aku turut merasakan kemurungn dan isolation aku yang extreme lalu bertanya,
"Ko ok x? Tak nak citer? ". Aku terharu, tapi tak tahu gano nok cito, maka al-jawab,
"Biarlah antara aku dengan Allah sahaja"...cheewah~ . Ziqah berlalu pergi kecewa dengan jawapan aku yang x membantu diri sendiri dan persahabatan kami. Adeh~
Lagi menyesakkan, bila aku baca kisah2 kaum terdahulu punya pattern. Mereka melakukan kemungkaran, kemudian Allah utuskan rasul untuk beri peringatan dan betulkan kaum2 terbabit, namun kaum2 itu tidak mahu mendengar seruan rasul siap ancam dan bunuh utusan Allah, seterusnya kaum2 yang durhaka itu di azab Allah.
Makanya, dalam situasi kita di zaman ni, Nabi Muhammad; Rasulullah dah wafat, siapa yang perlu beri peringatan kepada manusia yang mungkar dan lalai contohnya orang kafir seperti classmate aku sugashini, kavitha, yau chen, neshen, stanley? Malah yang islam pun lebih kurang ja kelalaian mereka, so siapa punya tanggungjawab nih sebelum Allah turunkan azab? Oh~
(dalam hati aku rasa macam tanggungjawab tu jatuh ke atas mereka yang ada pemahaman islam termasuklah aku yang baru nak faham nih...namun, aku nafikan sebab, terasa beban itu tersaaaaangatlah berat!)
Pergolakan jiwa tu menyesakkan lagi bila Allah mention amar ma'ruf nahi mungkar. Maka aku yang aktif dengan band, tercari- cari cara mengaplikasi menyeru kepada kebaikan mencegah kemungkaran melalui band. Buntu. Bila turun praktis, ralit. Yep akan ralit dengan instrument, kecuali mereka yang kuat imannya, yang pasti bukan aku. Maka, lama kelamaan, aku jadi serba salah yang amat dalam jiwa, lepaskan aktiviti selama 10 tahun terhadap muzik atau libatkan muzik dengan amar ma'ruf nahi mungkar, tapi betulkah cara ini? Setiap kali turun praktis aku dilema, adakah aku cuba mencampurkan yang haq dan batil, adakah aku sedang mencampur islam dengan jahiliyyah? Oh~
Rentetan amar ma'ruf nahi mungkar, aku turut menjadi extrimis dengan mencelar mereka yang islam namun tidak mengamalkan islam dalam kehidupan seharian. Aku lukis kartun secara satira dan tampal di laluan asrama. Juga pandangan sinis terhadap mereka yang free hair, yang x solat, yang x puasa, yang berkhalwat dengan pasangan dalam kelas, kantin mahupun di bawah pokok tunggu kena sambor petir, yang pakai seluar pendek bersukan, yang mencarut, dan yang lain- lain.
Memikirkan mereka- mereka di atas, menjadikan aku stress, why and how to induce them to become the real muslim? Argh~ tensen2...tika itu, terdetik, alangkah bagusnya jika duduk di dalam MT kepimpinan sekolah, senang sikit nak kuat kuasakan undang islamic based untuk warga- warga yang tersalah jalan. Apakan daya, aku hanya mawas yang berpakaian pengwas yang memegang baton band. Pengaruh terhad. Di sini, terbit kesedaran perlunya pimpinan dan kesedaran islam pada heraki paling atas dalam sebuah organisasi.
Dipendekkan tulisan yang terpadam tadi, semakin banyak aku tadabbur Quran, semakin jelas tuntutan amar ma'ruf nahi mungkar, semakin aku melihat sekeliling, semakin stress aku dengan nilai islam yang amatlah rendah oleh penganutnya, semakin beratlah tanggungjawab orang yang faham agama, semakin dekat dengan azab Allah jika tiada tindakan! Dan..........bam!
Satu perkataan muncul dalam otak aku,
"Tak kan kot. Tak kan aku pun kena buat da'wah? Ke semua orang Islam kena buat da'wah? Ke nabi ja? Ke ustaz ja?"
Maka, semakinlah aku menafikan tanggungjawab yang amaat berat itu! Terasa beban di bahu kiri dan kanan depan belakang.
Yang jadi berat dalam kepala, aku fikir, aku kena pikul tanggungjawab da'wah tersebut seorang diri, semua masalah dunia, malaysia, sekolah, di kg ; akulah yang bertanggungjawab. Kelihatan tamak pun ada, atau perasan bertanggungjawab to take over the world (back to fitrah Quran) bak kata villian2 dalam cerita superhero.
Demikian, tingkatan 5 yang berat nanang. Aku berjaya melepasi SPM dengan crawling colour, which was expected to be..[walau dalam hati doa kajaiban berlaku ...isk~ dah lah tak berusaha...hampes sungguh]
Nak jadi cerita lagi,
Bolak balik untuk terima deruan da'wah [atau bahasa mudah aku, menyampaikan kebenaran yang aku baca dalam al- Quran kepada manusia lain supaya mereka pun dapat nikmat yang Allah janjikan] dalam hati, masih berlarutan sehingga aku masuk plkn..kiri...kiri...kiri kanan kiri.... dan seterusnyaaaa, benda alah ini mengalami sentuhan nafas baharu bila aku ke matrikulasi!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment