hanya sekadar cebisan pemikir[aku] yang picisan

19 April 2015

Kenapa aku berada di dunia ini? 6



Kali ini, back down memory lane sekejap. Belum ada ilham untuk karang kesinambungan matrik dan degree.

Ustazah hanifah. Guru Quran pertama dan yang ajar bab agama pertama aku.

Memandangkan aku duduk dalam estet, pengangkutan untuk ke sekolah pagi dan petang adalah terhad, yakni bas dan van. Mak aku agak protective orangnya, dia x bagi aku naik bas. Pagi ada van estet hantar gi mari sekolah, petang x ada van, ada bas ja.

Suatu hari, ada makcik bagitau mak aku yang dekat surau estet ada cikgu agama datang setiap petang mengajar anak- anak estet muslim. Demikian, mak aku tanpa berlengah lagi, menghantar aku ke surau tersebut, ketika tu, aku darjah 2. Sebenornya, kami pun baru pindah estet situ, jadi mungkin sebab x biasa tempat mak agak skeptic kalo aku naik bas sorang2. Tapi, the next day and after that, aku jalan sorang gi kelas. adehh...kompius kejap.

Ceritera kali ini, tertulis sebab beberapa hari lepas ada 3 individu panggil aku ustazah. Aku...agak...sentap...seterusnya buat aku teringat Ustazah hanifah yang cetus aku untuk suka belajar agama dan nak masuk sekolah agama dan nak jadi ustazah?

...krik3~

Kenapa sentap? Sebab...aku rasa 'bengkek'. Aku nak jadi baik kena panggil ustazah, seolah- olah depa kata (ini imaginasi aku sahaja) "Wah, dah berubah, banyak dah ilmu lah tu, bajet tahu semua benda...heh".

Apasal aku rasa macam ni, aku pun tak tahu. Sedang aku nasihat dekat adik2, jangan takut untuk berubah walau ada orang mengejek dan mengajuk, itu sebahagian cabaran yang memang tertulis dalam suratan untuk siapa2 yang nak berubah.

So, at the end of the day, aku pujuk diri.

Bukankah itu satu benda yang bagus? Depa panggil hang ustazah sebab ustazah2 je buat benda baik, maknanya hang sedang buat benda kebaikan. Dan depa dok panggil ustazah, hang pi lah aminnnn. Biar jadik ustazah betul, tapi kena banyak le beramal sebab ilmu dah bertambah. Nak naik darjat, kena bertambah amal (eg. Buat n sampaikan to others) dan kualiti.

Maka? Amiiiinn...huhu...so kalo jadi ustazah, kena cari ustaz...ahaksZz.. Peace!

As I mention above, cerita pasal ustazah2 nih, aku pun teringatlah kisah masa sekolah ren dah, start aku join kelas agama dengan ustazah hanifah ni lah.

Aku jadi sangat teruja dengan apa yang di ajar ustazah guna kapur dan papan hitam. Ustazah simpan kapur dalam kotak sabun, oleh itu, kapur tersebut selalunya wangi, sekecil kapur, selagi boleh guna ustazah akan simpan. Ustazah juga sukakan aiskrem pong laici (kurang rasa sintetik pewarna kata ustazah sebab warna putih) yang beliau akan patah dua dengan anak murid yang tolong belikan...nyam3... ;') (x da kaitan dengan tema, tapi tu antara memori aku... Rindu ustazah :( ...)

Ustazah ajar guna kitab dahulu kala, yg macam buku feqah yg buku kulit hijau, kertas ye warna cokelat..err, kitab tauhid lain, x ingat, sikit sirah2. Ada subjek2 kalo ikut silibus kafa (dekat selangor), ada yang ustazah x dapat cover sebab dia kurang mahir macam bahasa arab. Walau apa pun, paling kurang, perkara asas ustazah tak ada masalah untuk cover.

Beza kami yang belajar dekat surau tu, kami x berdaftar under jabatan pelajaran, so x da peperiksaan bersijil. Exam praktikal dan bertulis ustazah buat hanya untuk tengok faham ke dak. Tu je. Surau tu pun kecik je, ada satu ruang solat muat ler 40 orang, dengan satu bilik open air kat tepi surau yg ada meja dengan kerusi sikit, jadi bilik darjah. Murid2? Camporrr...dari umuq 5 tahun ke 13 tahun. So ustazah bahagikan tahap 1 and tahap 2. Tu pun, total murid dalam 15 org, yang mai dalam 5-8 orang sehari.

Ustazah memang tabah. Ye naik bas, rumah jauh, tapi setiap hari x jemu datang, umuq dia x silap aku pernah tanya, dalam 50 tahun gitu. (k ...agak touching di sini. ;'(...). Dulu suami dia mengajar agama and mengaji dekat estet alik atas jauh sikit, pahtu, suami ye meninggal, ustazah sambung legasi mengajor anak2 estet dekat estet aku tinggal.

Aku sayang ustazah sampai kadang tersasul panggil mak. Ustazah kesian kat kami yang berminat nak belajar, tapi belajar sini x da sijil, at least boleh apply sek men agama kalu nak sambung. Aku pun rasa begitu, tapi faktor2 kedalaman kediaman dan mak sorang, so aku stay sampai darjah 5 belajar dengan ustazah. Darjah 6, ustazah dah x sihat, ganti dengan ustaz aku x kenal. Disebabkan aku teramat sedih, aku x mai kelas, sebab ustazah x da...kunun2, bajet fokus upsr. Nak pergi melawat ustazah, tapi x da 'kaki'. Sedih dan sedih.

Antara lain yang aku ingat, iqlab and ikhfak syafawi, ustazah ajar bibir bersentuh,..pahtu dekat sek men, ada kawan kata kak roomate dia budak hafazan sek kata ustaz yang ajar dia kata, buka sedikit, pahtu aku mai sini, ustaz kata bersentuh lembut, and... Lalu teringat ler lagi aku pada ustazah.

Beliau lah yang banyak mengajar aku cara baca al-Quran, sehingga mak pun gumbira aku boleh baca Quran, siap jumpa ustazah ucapkan terima kasih sebab mak sibuk bekerja x sempat cara ke aku (well, ustazah already my 2nd mom in my heart... ^^).

Cuma ustazah ajar hukum2 jah. Basically cara bacaan aku hari ni dapat dari ustazah 16 tahun yang lalu + bonda+ dengor gitu2 dekat youtube, dan recently di improvise oleh ustaz yang sentuh bab mahkraj and hukum, dengan lebih teliti.

I'm so grateful and blessed to meet those two person.

Sebenarnya, dekat kg sekarang, ada ja kelas ngaji mokcik2, aku excited nak pergi time cuti2 semester degree, Cuma,,,aku tak pasti apa yang menghalang aku. I am confused, maybe because degree was the age of boulevard of broken dreams. Pahni deh, belajor berzanji sekali.

Ustazah punya tahap kesabaran yang sangat tinggi, relex ja layan soalan2 aku yang entah apa2, seterusnya membuat aku ingin belajar lebih lagi. Ustazah sedih, dia hanya dapat bagi apa yang dia ada, kalo aku mau lebih kena belajar lebih tinggi, tapi...ustazah, ini sudah cukup bagus dari x blajar apa2.

Aku punya entah apa2 nih, turut terbawak ke sek pagi time PI. Suatu hari, ustazah PI cadang ke mak aku, time mak ambil result upsr (aku dekat rumah, mak tumpang keta makcik satu pejabat dia) kalo nak eneshike masuk sek aliran agama pun ok gak, mak kata tapi dia suka sains, ustazah kata ada juga belajar sains sekali agama, mak aku kata dia x ke sek petang secara formal x da sijil kalo nak apply, ustazah kata x pa dia boleh tolong...

Result sekolah menengah yang dipohon keluar, aku dpt sbp.

Jeng3...aku pun teringat lah mak aku citera dialog beliau dengan ustazah, tapi mak kata pi ler sbp, bukan senang nak dapat. Aku agak sedih juga lah...'rasa' berkobar2 nak belajar agama yang dicetuskan oleh ustazah kesayangan aku seakan cuba dipadam, pahtu aku tak pernah pula dengor nama sbp yang aku dapat... (-__-)'

Dan, yep...dekat sbp, macam biasa lah, setiap hari akademik2, kemudian koko, okeh...spritual adalah bila maghrib, kuliah hujung minggu, yassin, dan hari kebesaran umat islam. Yang pasti 'rasa' di atas jadi dormant di sana... bertambah lagi bila rasa baru terhadap seni muncul, aku hampir join gerhana ska cinta!

Jauh di sudut hati, aku cemburu dengan mereka yang dapat belajar agama secara formal dan spesicifc.

Kadang, bila kawan tanya," hang pi sek petang dak?". Err...pegi. "Ok x exam last tu?". Err...kitorg x ada exam mcm korang...kitorg gi belajar balik tu je, x da exam rasmi yang bersijil tu.

Krik3~ rasa jauh gak lah dengan depa masa kelas PI, sebab banyak lagi depa belajar dari apa yang aku dapat, depa kelihatan very advance, aku terkial2 nak tangkap.

Walaubagaimanapun, aku bersyukur, paling kurang, mak berusaha hantar aku belajar agama esp benda basic seperti solat, ngaji, etc. Ada lagi yang lebih pendalaman dekat estet hujung denu, yang x ada peluang nak belajar. Yet, aku masih rasa terpaksa utk buat segala mak nenek ibadah, well biah/suasana rumah definitely berbeza langit dan bumi compared to berdamping dengan ustazah kesayangan.

Arakian, pembelajaran aku dengan ustazah Hanifah antara yang significant untuk trigger aku lebih dekat dengan agama seterusnya mencari jawapan kepada makna hidup, seterusnya aku tenggelam timbul dengan konflik dalaman yang di isi perkara cabang seperti seni dan sains.



p/s: Apalah perkhabaran ustazah sekarang? Lepas dapat result upsr, aku masuk asrama, dan mak berhenti kerja, lalu berhijrah ke negeri kelahiran mak. Jadi, aku memang x berpeluang nak jumpa ustazah dek negeri yang berbeza 8 jam perjalanan 100km/h. Dalam ingatan, masih ingat samar2 rumah ustazah yang aku nampak sekilas lalu dari atas bas sebelum pindah, bumbung biru, itu pun berdasarkan verbal discription by ustazah, entah2 salah rumah...adehhh. Semoga Allah merahmati dan memberkati ustazah hanifah. ;'(

p/sS: belajar al-quran kena ada guru untuk dapatkan cara bacaan secara live.

p/sss:...

No comments:

Post a Comment

Followers