hanya sekadar cebisan pemikir[aku] yang picisan

24 April 2015

Kenapa aku berada di dunia ini? 7



Real time case.

Mengenang aku sedang membasuh centrifuge tubes dan pipette tips, recycle nak jimat, masa muka bekalan tips akan habis tatkala aku grad, student sensei seterusnya kena order baru.

Jadi, pada zaman itu, manusia adakah sudah berubah? Atau masih membasuh tips seperti aku sekarang? Bilas air paip dan ddh2o? Err...maksud; peradaban manusia dari segi aqidah dan tindakan (akhlak), berubah (+) atau (-) ?

Saat membasuh aku terdetik (sambil mode masuk dengan lagu jack sparrow by hans zimmer)

Aku sedang berusaha demi bidang sains, mencari jawapan persoalan mekanisma sel, yang pelbagai cara, namun masih belum jumpa jawapan. Adakah signifikan sumbangan aku menjawab soalan peradaban manusia di atas?

Tiba- tiba, chores jack sparrow berkumandang, aku teringat bunyi french horn, teringat pemain french horn MPO seorang wanita muslim yang aku tengok persembahan beliau pada tahun 2005. Oh, wanita muslim juga mampu duduk sepentas dengan pemain2 bertaraf dunia. Dan dia bertudung litup, berbangsa timur tengah. Dia bermain alat musik. Dia muslim. Bagaimana dia survive dalam suasana yang tidak islam? Wow...music business zaman ini bukan pilihan, lagi2 jika anda muslimah.

Sedikit hampeh, jadual waktu persembahan MPO tidak memudahkan seorang muslim. Perlu ada di dewan 30 min sebelum persembahan jam 8pm. Bagaimana jika maghrib jam 7.30pm? Iyalah, penganjurnya bukan dari kalangan Muslim. Adalah tidak mustahil jika penganjur persembahan seni mengikut acuan islam dari segi masa, lagu yang dipersembahkan, susunan audience dan lain- lain; dan ini hanya dapat direalisasikan bila islam itu dijadikan cara hidup dan rujukan atau ustaziatul alam.

Seni adalah cabang, namun cabang yang mencantikkan cabang yang yang lain, merumpun satu sama lain. Islam tidak melarang sesuatu perkara selagi mana dilakukan berlandaskan islam. Sedang, lani penyampaian ilmu agama di televisyen memerlukan muqadimah bunyi- bunyian. Namun, kala ini, masalah aqidah adalah fokus utama.

Maka teringat lah aku, zaman keemasan islam. Semuanya berdasarkan islam. Yang memerlukan beratus tahun untuk mencapai zaman itu. Untuk capai zaman emas tersebut, mula dari Nabi yang membetulkan aqidah umat.

Demikian, aku selesai basuh tips dan tubes untuk hari ini.



No comments:

Post a Comment

Followers