hanya sekadar cebisan pemikir[aku] yang picisan
04 June 2015
Kenapa aku berada di dunia ini? 8
Hibernasi di akhiri dengan trigger dari adik se usrah, mas, dok tanya pasal sesuatu yang aku terpaksa mengimbau degree kembali. Ouh ~
Bolak balik bumi di bawah bayu.
Pengembaraan mencari erti kehidupan diteruskan. Aku naik flight seorang diri, sebab tiket mahal gilos. Mak kata, x pa kami datang time grad nanti. First time naik flight, ngee, ngilu perut time take off dengan touch down. Tapi x rasa musafir sebab 1 jam 45 min, aik kejap je, biar betul sampai dah sabah nih?
Oh, sama ja cuaca sini dengan semenanjung, aku membayangkan udaranya lebih sejuk dan nyaman. Mungkin tepi pantai, patut pun terik, tapi terengganu lebih ganas terik mentari membakar tangan dan muka den, oh~ tapi sabah dia pandai hujan tiba2 di waktu petang. So, payung lipat (aku bawak baju hujan) sentiasa dalam beg walau pagi sunshine like forever.
Berbalik kepada sambungan pergolakkan jiwa,
Di matrik aku dapat beberapa rentetan jawapan, tugas khalifah; manusia di atas muka bumi ini.
- Aku x boleh nak galas semua tanggungjawab. Setiap bidang ada peranan masing2 yang melibatkan lebih dari seorang manusia.
- Setiap manusia ada tanggungjawab lakukan amar ma'aruf nahi mungkar; seru kebaikan, cegah kemungkaran.
- Menyampaikan. Da'awah. Seruan islam.
Demikian, aku ke sabah sebab sains marin.
Sebenarnya, sains marin bukanlah pilihan hati aku, jadi aku agak acuh x acuh. Aku nak pure bio, tapi tercampak ke sains marin dan bila aku mintak dekan sain surat tukar kos, dekan kata,
"Try lah dulu satu semester sains marin, best, x ramai yang tahu, kalo x boleh bawa, baru jumpa saya lagi"
Aku pun pasrah. Ble2, aku dok fikir, ada hikmahnya ko kena campak ke sains marin. Kalo semua nak jadi biotechnologist, kalo semua nak jadik Dr manusia, kalo semua nak jadi arkitek, kalo semua nak jadi cikgu, haiwan2 dan khazanah laut sapa nak jaga? 2/3 of the world made of the ocean, dattebayo~
Begitulah aku memujuk diri, bahawa aku ditugaskan di department laut oleh Dia pengatur dunia ini. Ko dah try, but Dia tahu yang terbaik untuk ko, walau aku rasa this is not right something somewhere, then aku jumpa ayat nih,
Al baqarah 216
Ok.
Aku bersedia untuk pikul tugasan baru sebagai seorang manusia, untuk belajar management laut. Berat weh sains marin, hat nak tegakkan syiar islam dalam environment marin. You keluar masuk laut, basah, dan you are a women. Lepas diving, you nak solat, bot x parking tepi pantai betul, you kena berenang, dan solat dengan baju diving yang aku rasa cukuplah muslimah untuk bawak solat dalam keadaan demikian.
You pergi field trip, surau/masjid memang x banyak dekat sabah lagi2 lalu jalan bukan utama. You kena berani bangun cakap dengan pensyarah n drebar bas untuk berhenti solat jap memandangkan hat classmate x berat bab solat dan ugama.
Dalam kelas, aku sangat bersyukur ada makhluk nama dia aun, antara makhluk yg voice out bab2 syariat. So, at least you x rasa seorang diri menegakkan tiang agama. Basically, kalau you x kuat, sains marin janganlah pilih, you kena kuat untuk tentukan pakaian apa you nak pakai untuk diving n berenang, you kena kuat untuk kata aku nak solat, you kena kuat untuk kekalkan tudung kepala dan leher bila masuk air, sedang ramai rakan2 yang hanya tinggal tudung kepala, leher nampak...dan...you kena kuat untuk jaga ikhtilat, arghh...geli plak aku nak bagi contoh.
Nak kata aku kuat sangat, x juga...namun, aku cuba apa yang mampu.
Memandangkan, sains marin medan ujian, aku kena cari sumber kekuatan.
Ble2 semangat matrik dahulu kala, masih membara, habis kelas aku pergi surau dekat kolej kediaman aku, masjid jauh berbatu. Sedikit menyakitkan jiwa, surau tersebut dikuasai kaum adam yang sering kunci pintu jemaah wanita. So, nak masuk tanpa disedari memang x dapat lah. Sedikit sebanyak lama kelamaan, aku stress, so solat dumoh jah...huhu sedih.
Majlis ilmu hanya bila ada program yang berbanner, kuliah maghrib dan subuh, on off. Kejap, baru aku perasan...on off ek...management surau nih dan student kolej kediaman aku memang liat sotong kurita nak turun surau berbanding kolej kediaman lain yang agak hangat sambutan surau.
Memandangkan sains marin agak wild dan surau kolej kediaman agak seram suram, aku try didik jiwa supaya masih waras dengan syariat dengan join program2 di kampus yang jarak dengan kolej kediaman adalah 10km.
Namun, ketabahan aku naik bas join program dekat kampus utama macam biasa, ada kakak yang aku ingat nak jadikan aku adik ipar ke madu ke, skali depa serap aku masuk untuk di calonkan pegang jawatan dalam kampus. Aku pelik sungguh, muka aku nih ada tokoh yb ke gane? Nasib baik prk 2012 ada masalah sebab najib tangguh pru, so prk tangguh gak, aku just kena bertanding untuk jawatankuasa kolej kediaman.
Dan jadilah aku sebahagian exco, sekali lagi aku mempertaruhkan kuasa dalam melunaskan tanggungkawab manusia untuk amar maaruf nahi mungkar. Tika itu aku x nampak mana silapnya, sepanjang aku menjadi exco, susah nak gerak kerja, adakah kerna presiden dan majlis tertinggi adalah pro kebatilan. Adehh...suasana matrik kembali lagi.
So aku stress! Aku boleh nampak macam mana yb2 yang pentingkan poket dan perut dan hiburan dan jahiliyyah sendiri boleh lahir. Aku semakin rasakan kuasa is not the ultimate way to do da'awah. Sesuatu perlu di lakukan!
Nak diringkaskan bibit2 konflik bumi bawah bayu, tahun pertama walaupun aku nafi dapat sains marin, aku masih lagi membaca quran/join program sebagai rutin dan pencerahan berkenaan why am i here in this world.
Masuk 2nd year, aku kembali bergelumang dengan kuasa, rutin semakin sibuk, meeting manjang, dengan assignment, perghh, discussion group, field trip, report, aku semakin jauh dari rutin quran.
[Rutin quran walau sekadar baca dia actually bertindak sebagai reminder akan siapa kita sebagai manusia di atas muka bumi ini. So bila kita mula tinggal rutin yang sepatutnya setiap manusia rasa wajib, soul food, kita akan semakin jauh dari fitrah, dan lupa akan tanggungjawab sebagai manusia bila terlampau di sibukkan dengan urusan dunia.]
Terlampau menjaga urusan dunia seolah- olah dunia yang menjamin kebahagiaan dan rezeki... (haa, nampak x permainan syaitan menyesatkan aqidah/keyakinan/iman kita terhadap Allah maha Pemberi rezeki)
Kuasa kali ni jadi dugaan terbesar aku berbanding matrik, sebab semakin aku terperosok ke dalam kuasa, aku rasa aku semakin jauh dari fitrah dari erti hidup, aku tertanya- tanya, benarkah ini jalan yang benar? Jalan yang Allah redha? Tapi kenapa aku x tenang? Kenapa aku rasa terbeban? Mana silapnya? Bukankah dengan kuasa seruan da'awah itu lebih berkesan tapi kenapa x berkesan?
Persoalan2 tadi tu menyebabkan aku memencilkan diri dari kuasa dan rakan2 kuasa pada penghujung tahun 2. Memandangkan projek tahun akhir dah bermula, so aku bagi alasan aku busy fyp, so x dpt hadir meeting itu ini, program itu ini dan sebagainya, kalo nak cari aku p cari kat hujung ums, institut penyelidikan marin borneo, aku ada situ.
At the end, depa x mai cari aku pun, ada calon yb yang lebih berkaliber kot.
Actually, langkah aku memencilkan diri dari kuasa sambil dok mikior mana silap memenuhi erti hidup dengan kuasa, sedang aku sorang2 waktu itu adalah senang untuk dihasut syaitan dari kalangan jin dan manusia untuk memanipulasi konflik jiwa ke arah kesesatan.
Nak citer ke? Aku ringkaskan, sedang Allah dan cover aib aku, masakan aku membukanya di sini bukan?
Secara ringkasnya, macam aku kata sains marin perlukan manusia yang kuat kalau nak join. Once you lemah, masa ni akan di manfaatkan syaitan untuk tewaskan ko dengan benda2 remeh:
1. Aku cari jawapan kepada konflik kuasa dengan cara yang salah, yakni tidak kembali kepada rutin al quran. Aku pi join kawan sekelas berjimbabuwe. Adehh...sains marin, kalo hangpa orang laut, cara hidup orang laut, you akan faham.
2. Bila dah start berjimbabuwe, ada ja rasa untuk back to fitrah, tapi syaitan menang, aku nafi perasan murni tu untuk terus dengan gaya hidup yang aku rasakan semakin tenang(konon, sebab rasa bebas dari beban kuasa dan seruan kebaikan), tapi sebenarnya jiwa x tenang, tapi aku masih nafi. (Alangkah jahilnya daku waktu itu sedang jiwa sebelum nih, pernah di beri pencerahan. So, ingat taufiq n hidayah tu kalo kita x maintain, dalam kes ini stick dengan rutin quran dan amal, kekuatan iman sekelip mata ja ranap)
3. Tapi aku berjimbabuwe tiadalah aku menjerumuskan diri ke dalam dosa besar. Tapi dosa2 kecil kalo dikumpulkan tidakkah banyak dan semakin berat?
4. Cuma bab ikhtilat orang laut memang kureng banyak, sedang aku adalah berpantang maut bab ikhtilat. Nak jadi cerita, Allah twist skit hati, lepak je... yo, wassap bro *fist bump sket (x kena, gaya ja lebih).
5. Macam biasa, rebel adalah rasa puas bila lawan fitrah, sedang jiwa sebenarnya semakin terseksa (x tenang) dengan noda hitam yang sendiri calit. Ces... Kalo perasan, once kita rebel dengan fitrah, semua aspek akan ikut rebel sekali. Perwatakan, pemakaian, percakapan. Maka sedikit demi sedikit, berjayalah syaitan memusing 360degree anak adam ke dalam acuan menjauhi fitrah. Isk...~
6. Di saat2 rebel, ada rasa di hati ingin mencari jalan pulang, tapi aku nafikan perasaan tu. Nak jadi dramatic lagi, macam 1st aku tgk dormate aku nash baca quran, kali ni aku nampak classmate dayu tengok anime, naruto. Aku just pandang sebelah mata ja, tanya...best sangat ke dayu?...namun, aku x dapat let go ja sebab theme song dia sedap.
Aku entah tiba tiba, cari anime tersebut dan bam...hati yang sakit terisi dengan bukan ubat sebenar. Aku suka anime tersebut. Aku suka dengan tema tidak putus asa dan tema persahabatan dia, so aku pejam mata time scene x sepatutnya. Seterusnya, naruto di donlod setiap episod dan addiction mula menjalar menjadi penyakit hati. Hati jadi x tenteram bila lambat donlod episod baru (boleh nampak x ada kerosakan keyakinan di situ?...iskk~)
Balik semenanjung, latihan industri di negeri pantai timur, aku mintak lain dapat lain. Allah masih sayang aku, Dia x bagi aku duduk bersama rakan2 sekelas yang konfem kami akan berjimbabuwe di waktu senggang.
Masa Li, rutin rebel dekat list atas yang masih berleluasa hanya no.6...addiction yang memerlukan masa untuk recover.
Alhamdulillah, sambil2 aku berada di bumi darul iman ini, Allah bagi aku masa dan detikkan hati untuk refleksi diri, untuk muhasabah balik diri alang tenang dari kawan dan bi'ah jimbabuwe. Kadang2, ada ja rakan2 jimbabuwe talipon aku, aku x dapat elak untuk angkat. Huhu. Aku try make it short as possible.
Aku mula nampak, rebel bukan cara untuk cari jawapan, aku mula nampak benda yang Allah kata dosa, tak akan jadi halal walau apa cara sekalipun. Syariat bukan untuk dinafikan.
Yang bagi aku nafas sampai sekarang sapa kalo bukan Allah? Dah tu kenapa berpaling dari Dia yang bagi segala bagai nikmat? Kenapa cari jawapan kekusutan jiwa dengan perkara2 selain dari Allah? Kenapa nafi Allah pencipta kita yang beri kegembiraan dan kesedihan mampu beri jawapan kepada kekusutan kita? kenapa deny diri untuk berubah?
Dari naruto, aku lihat alangkah bagusnya jika semangat naruto itu di asas dengan aqidah islam, dia akan jadi pejuang keadilan yang tidak gentar musuh dan kuat semangat. Kalo pelukis naruto yang bukan islam mampu berfikir sejauh itu untuk tidak berputus asa, aku yang memang islam kenapa putus asa dengan kebaikan lalu lari dari kebenaran dan nafi terhadap quran?
Aku mula nampak, its been a while since the last time i read you; the quran. Naruto, dah start slow down (sebab aku dah habis donlod dari naruto sampai shipuden sampai le aku ter update internet downloader aku yg crack...adeh...baca manga plak.. adedei).
Li tamat cukup 3 bulan berfikir.
Habis LI, aku lepak rumah.
Aku start lap habuk, sarang labah- labah dan tahi cicak atas quran yang dulu kesayangan, yang dulu aku kucup penuh cinta, yang dulu aku sedih bila ingin ditangguh bacaannya. Isk...
Aku start baca...lamanya x baca...iskk~
Aku mula rasa benci dengan rebel yang aku buat dahulu, alangkah jahilnya aku waktu itu. Rutin quran menjadikan hati semakin lapang dan minda semakin mudah berfikir, walau sekadar baca sahaja, ada masa run through maksud sekali.
Bila hati tenang, jiwa lapang, maka persoalan yang aku dok kusut time tahun akhir berkenaan kuasa dan erti hidup terungkai sedikit demi sedikit.
Jiwa. Hati. Aqidah. Keyakinan.
Untuk pegang kuasa, aqidah kena mantap, kena kuat. Tarbiyyah hati dan keyakinan kena kuat. Bila aqidah kuat, barulah kuasa tu dapat dipandu secara optimize dan berkesan. Bila aqidah lemah dan pegang kuasa, kuasa akan memakan diri disebabkab hawa nafsu dan terasa beban yang amat sekali.
The turning point, aku start cari cara untuk betulkan aqidah, untuk kuatkan aqidah. Aku mencari tarbiyah dalam erti kata yang lain.
Kak ipar panggil aku mai rumah dia tolong bisnes kuih memandangkan aku melepak di rumah lepas Li. Mak kata, "Pergilah tolong kak tu...dok rumah pun bukan nak join mak gi kelas ke apa ke"...erk, ok2, tapi, aku dengar, "Pergilah, kamu akan belajar sesuatu".
So, aku dengan berat nak lepas ngempeng dengan mak, berangkat ke skudai...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment