hanya sekadar cebisan pemikir[aku] yang picisan
29 July 2015
Kenapa aku berada di dunia ini? 9
Musim raya. Tahun ni sedikit lain, ada manisnya ramadhan, dari aku rasa ke bonda, ke abang, ke kakak. Baru beberapa hari ramadhan bye2, tapi we olls dah start bincang how to optimize ramadhan tahun depan, dan rindu sudah! Tapi...medan ujian tetap medan ujian...adehhh~ sapa yang mai bermalam kat rumah baru tahu this so called medan ujian.
****************
Kat mana kita?
Oh... Skudai~
Sambil2, aku masih berfikir, erti hidup dan apa aku nak buat untuk fullfill erti hidup.
Sambil2, bakor kuih, sambil2 jaga anak2 sedara.
Aku try instil rasa ingin mencari erti hidup dalam diri anak2 sedara, ngaji quran sama2, solat jemaah, masak sama2, main sama2. Hebat aturan Allah, aku anak bongsu yang x gemar budak, boleh jatuh cinta dengan depa lepas training 4 bulan jaga depa, cuci berak depa, fuhh...lap muntah depa, gaduh,membebel macam mak nenek...
"Ucu bukan apa, hidup ni kena pandang ke depan...benda ni, kecik ja bila kamu fikir perkara lain yang lebih besar berbanding berebut mainan dengan abang...bla bla bla..."
Err...deme paham kali masing2, 3 tahun, 5 tahun, 7 tahun, 10 tahun.
Aku keliru juga, nak teruskan bisnes bakery je ke atau nak sambung belajar?
Hat mana yg lebih menyumbang kepada kemaslahatan ummah dan kenaikan islam???
Rasa cam dok rumah jadi baby sitter budak2 nih lagi menyumbang kepada peradaban dunia...oh..oh..oh.
Keputusan degree tak warna terbang, entah dapat ke idok kalu nok sambung sambil terap biskut dan adun kek dan makan krim lebihan dekorasi yang sayang nak buang lalu aku menjadi terlebih sihat ke obesiti. Semput!
At the end of november, aku dapat cetusan rasa, follow your passion, real passion. You like to think, you like science, you like risky job, then go ahead, apply master [of puppets].
Sambil aku isi buku ledger bisnes kak, sambil aku karang emel demi emel dan resume kepada lecturer2 berpotensi dari uni seluruh malaysia except east malaysia (langkah jauhkan diri dari bi'ah kebatilan bila ada geng kelas). Misal kata aku pergi sana, aku sedang membunuh hati yang baru nak sembuh.
Akhir bulan disember, member matrik pm fesbuk...iswara.
"Kammmmm, lamanya lost contact. Awak tu suka hilang talifon. Huh. Buat apa leni... nak sambung master dok?".
I was like...nak, ada kosong ke? Dia kata ada. Memandangkan semua uni bagi jawapan negatif, penuh lah, x da grant, so last but not least, iswara. Aku oyap, aku mau sambung, so how? Dia soh aku mai jumpa prof dia.
Dua kali aku mai pantai timur. Satu gi balik just confirm kan dengan prof dia.
Second prof dia kata boleh dah start projek tapi grant x keluar lagi, so aku x akan ada elaun. Tapi aku yakin dengan Allah, follow the flow. So aku naik bas ke pantai timur, dengan bekalan kontigensi simpanan tolong kak bisnes kuih n mak top up.
Ikut logik you x da elaun, aku patut balik kampung. Tapi aku decided untuk stay pantai timur, aku pun lepak lah library, menyamar jadi student situ sambil buat proposal untuk projek yang belum start. Sambil2, iswara tolong aku cari keja sambilan. Sambil2, aku doa pada Allah, aku datang dengan keyakinan padaMu, jika benar apa yang buat ni untuk dunia n akhirat, berikanlah petunjuk dan jawapan, jika tidak jauhkan aku dari apa yang aku lakukan ini.
Cukup 1 bulan, dengan izin Allah, ada lecturer lain yang x pernah kenal/contact cari student a.s.a.p dan ada grant dan iswara maklum pada aku.
Mulanya, bidang yang ditawarkan aku agak x acuh (lepas fyp aku tok sey doh buat microalgae dan aku tok sey sambung molecular).
Tapi satu tika lepas solat wusto, i decided, jom ah molecular dan i am hired as RA dan sambung study dalam bidang yang aku x pernah cebur tapi challange accepted. Dan Allah bagi aku sv yg sangat baik tapi tegas, dan ada kelebihan2 yang student lain x dapat dengan sv lain, apa lagi nikmat yg aku dustakan? Isk...
Pantai timur, feel like I am bonded to something here. Apakah?
Keyakinan pergi ke Terengganu tanpa kepastian manusia, just yakin dengan rezeki Allah, adalah satu pelajaran yang amat berharga. You just kena yakin dan jaga syariat, Allah akan jaga you.
Ketentuan Allah di negeri batu bersurat ini sungguh misteri. Allahu akbar.
p/s: Follow the flow, keluar masuk lab, sambil mencari menghadam dan aplikasi konsep yakin yang aku baru dapat di permulaan bumi darul iman.
p/ss: tapi aku rindu budak2 anak2 sedara, andai dapat bawak depa mai teganu dok sekali dengan aku...huhu. Yep, fitrah suka mendidik anak, now activated and start thinking. Kenapa aku berada di dunia ini now level up dengan persoalan; how exactly cara mau bagi islam naik ha?.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment