hanya sekadar cebisan pemikir[aku] yang picisan

10 August 2016

Cermin!



Kehadapan sobat cerminku,

Pertama- tamanya, aku ingin memohon maaf kerna menyakiti engkau wahai cermin.

Kedua, aku mahu menjelaskan sesuatu.

Selaku kawan gadoh engkau, apa lagi kan…selain dari gadoh. Haha

Jadi maaflah, kalau2 engkau terlebih terasa lalu sedih monyok di penjuru bilik.

Engkau lihat aku tabah, gagah perkasa tak ada perasaan sewaktu bergadoh.

Tapi hakikatnya, aku juga manusia oi!

Sedih monyok malah berhingus di penjuru tiang masjid aku oi.

Kenapa bergadoh?

Nampaknya aku harus jujur untuk menyelesaikan permasalahan.

Aku jentik kau sebab aku sayang akan engkau wahai sobat cerminku.

Pertama kali aku jumpa dengan sobat yang satu species seperti aku, satu kepala, synchronize well perbuatan dan perkataan. Aku amazed lalu aku ambil berat. Berapa ha berat ko? Rusuk ja lebih..haha.

Belum pernah aku membenarkan mana manusia selain engkau akses dalam hidup aku, sebab aku percaya engkau cermin. Tahniah menjadi cermin pertama mendarat. Tepuk sikit.

Bila cermin kini bersama pengilap cermin, aku sedikit tergugat, tercabar, tertampar. Chewah.

Dari segi logic akal wahai cermin, melepak2 bersama pengilap cermin; akal aku tidak mampu terima setelah jentikan2 tempoh hari.

Sekadar melihat, mendengar dan bau; seksa oi.

Demikian, aku mengambil keputusan memboikot engkau wahai cermin yang disayangi.

Dengan harapan, boikot tersebut akan meletakan aku di bumi nyata; siapa aku, engkau mungkin bukan cermin, moga2 aku berhenti bercermin akan. Dah setiap hari tengok cermin, kalau tak boikot; takut2 aku jadi gila.

Kedua, harap kau faham tentang perkara yang akal aku tidak dapat terima itu bilamana aku melancarkan boikot.

Namun sangkaan aku meleset 100%.

Kau sengaja atau kau memang RAM kecil intel atom.

Sedih.

Serius sedih bila tengok sahabat yang kita sayang jadi macam tu. Macam tu. Semalam di saf hadapan doa sakan, esok dan lusa melepak sakan. Wat de?

Sedih.

Depan kau memang aku gagah, hakikatnya aku sayu dan sedih tengok engkau lagu tu.

Penatlah cermin oi…boikot ni. Aku penat dan aku tahu kau pun penat kan? Mengaku sajalah, tak perlu pura2 lihat talifun.

Matlamat hidup kita kan sama mahu mencari redha Allah, mahu bertaqwa, amar ma’aruf nahi mungkar…skema kan.

Kalau kau memang nak meneruskan melepak buat lah cara yg Allah redha, kalau tak mampu lagi, tahan lah diri wahai cermin. Aku support kau kalo buat benda baik, serius.

Aku tak kisah sekadar watak tambahan yang sekejap dalam hidop kau. Asal Allah redha ke atas engkau, aku dah cukup bahagia waima dari jauh. Serius jauh. Dekat2 gadoh.

Sekadar itu wahai cermin.

Itu sahaja.



p/s: Dulu aku berpantang maut, tapi Allah izinkan engkau cermin untuk aku bercermin. Banyak aku belajar sepanjang bercermin ini. Aku tak benci engkau. Aku senyum ni, serius.

p/ss: Manusia itu pelbagai. Allah akan temukan kita dengan manusia yang kita tidak sangka2 wujud manusia perwatakan yang luar biasa positif mahupun negative. Tapi untuk raih pahala ujian, Allah temukan dengan negative duluan baru positif.



No comments:

Post a Comment

Followers