hanya sekadar cebisan pemikir[aku] yang picisan

27 August 2016

Kenapa aku berada di dunia ini? 11



EXAM/UJIAN/LAPORAN KEMAJUAN HIDUP DUNIA/SIJIL BERHENTI HIDUP

Berlari- berjalan- tercungap-cungap.

Itu adalah kehidupan. Atau aku lebih selesa panggil dimensi ujian.

Kehidupan atau dimensi ujian ini memang mencabar otak dan jiwa.

Ujian datang dalam 2 bentuk, positif dan negative.

Ujian positif selalunya nikmat dan kegembiraan.

Ujian negative adalah kesedihan dan kedukaan.

Kenapa aku panggil dua-dua itu ujian kerna untuk melihat sejauh mana tautan hati pada Allah dan tindak balas kita apabila berada di dalam kedua- dua situasi tersebut.

Bila mana gembira, bagaimana kita salurkan kegembiraan di atas nikmat itu ke jalan yang Allah redhai.

Bila mana duka, bagaimana kita salurkan kedukaan itu ke jalan yang Allah redha.

Kebanyakkan bila ujian negative baru kembali pada tuhan; Allah.

Bila ujian positif hanyut dalam kesedapan hawa dunia.

Ujian terbesar adalah sejauh mana meneruskan tugasan utama kita sebagai pemberi peringatan bergerak sambil di uji.

Kebanyakkan kecundang saat di uji, tika positif apatah lagi ketika negative. Huhu.

Bila mana tersedar, cepat- cepat mohon ampun pada Allah. Mohon kekuatan untuk menghadapi dimensi ujian ini.

Sampai bila mahu kita melawan fitrah kebenaran?



No comments:

Post a Comment

Followers