hanya sekadar cebisan pemikir[aku] yang picisan

09 August 2016

Ustajah mau ceramah! 1



Jangan buka aib (baca: ego) aku!

************

Hadirin hadiran yang saya hormati sekalian,

Mari kita betulkan niat kembali, sebelum meneruskan pembacaan. Kenapa aku berada di dunia ini? Atas dasar apa aku diciptakan di dunia ini?

Sekiranya, kedua2 jawapan kita Berjaya meletakkan Allah di dalamnya, maka Alhamdulillah, kita masih jelas dengan tujuan hidup.

Kenapa tujuan hidup kena jelas? Kerana untuk selesai pelbagai masalah dalam hidup yang melibat fikizal dan emosi sekalipon, memerlukan individu untuk jelas meletakkan Allah di mana dalam hati.

Contoh masalah; Aib. Adalah perkara yg memalukan. Namun pertama- tamanya; memalukan ini ada dua jenis:

1. Memalukan pada pandangan Allah

2. Memalukan pada pandangan manusia.


Manusia, selalunya amat mementingkan aib di mata sesama manusia berbanding pada pandangan Allah yang menciptakan aib serta manusia itu sendiri.

Maka, mau dikatakan disini…amatlah rugi kita yang sibuk berpesan2 pada manusia lain untuk menjaga aib kita serta risau kalau2 manusia lain tahu perihal memalukan itu.

Kenapa aku bilang rugi di sini kerana, manusia itu pelbagai sifatnya, berbeza2 dan kita tidak mampu untuk menjaga hati serta mulut manusia yang lain. Salah kaedah menagih penjagaan.

Arakian, terimalah dengan hati terbuka serta ego yang direndahkan bahawa kita ini lemah dan tidak berkuasa ke atas manusia yang lain.

Jadinya, siapa yg kuat dan capable untuk tolong kita jaga aib?

Benar, Allah yang maha kuat serta seba boleh menjaga kita all around bukan takat aib sahaja malah sekecil- kecil keadaan kita.

Namun, there is a catch.

Kalau mahu Allah jaga kita serta serba serbi seperti aib etc, kita kena jaga agama Allah.

Haaa…hat ni payoh ni.

Kita sibuk nak cover kemaluan a.k.a aib, tapi agama/peraturan Allah x jaga, main langgar jah ikot hawa nafsu.

Dah, gane Allah nak jaga kita? Lagi memalukan kita sibuk minta manusia lain jaga perihal kita…adoi.

yg ke 19, hadith 40 susunan Imam an nawawi:

Abdullah bin ‘Abbas –radhiyallahu ‘anhuma– menceritakan, suatu hari saya berada di belakang Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Beliau bersabda, “Nak, aku ajarkan kepadamu beberapa untai kalimat: Jagalah Allah, niscaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, niscaya kau dapati Dia di hadapanmu. Jika engkau hendak meminta, mintalah kepada Allah, dan jika engkau hendak memohon pertolongan, mohonlah kepada Allah. Ketahuilah, seandainya seluruh umat bersatu untuk memberimu suatu keuntungan, maka hal itu tidak akan kamu peroleh selain dari apa yang telah Allah tetapkan untukmu. Dan andaipun mereka bersatu untuk melakukan sesuatu yang membahayakanmu, maka hal itu tidak akan membahayakanmu kecuali apa yang telah Allah tetapkan untuk dirimu. Pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering.”(Riwayat Tirmizi dan dia berkata : Hadithnya hasan sahih).

penerangan hadith bulih rujuk sini.

Demikian, hidup kita memang akan ada naik dan turun, omputih kata up and down? Ada masa kita hebat, ada masa kita low dan hampeh. Both situations, memerlukan kita bergantung pada Allah.

Kalau baik urusan, ucap kan lakukan perbuatan yg menunjukan kita ni bersyukur atas kurniaan urusan yang baik.

Kalu buruk urusan, minta ampun pada Allah dan mohon petunjuk Allah untuk baiki dan cover urusan yang buruk tu.

Nampak x? kita supposed all around bergantung pada Allah, dengan harapan ini akan melahirkan AQIDAH/ IMAN yang solid.

Dalam hati hanya Allah. Apa2 hal Allah come first. Allah, Allah, Allah.

Nak bagi manusia berpaut pada Allah memang sukar. Manusia cenderung bergantung pada manusia lain yang lain lagi hebat dari dia, yang dia lagi sayang dan yang lebih belaka dari diri dia. Sebab tu lah permasalahan iman dan aqidah ini sepanjang zaman relevan even you already a muslim dan berterusan sampai...mati; dalam iman kepada Allah atau dunia.

Gane nak bagi hati berpaut pada Allah?

Macam fitrah kita bercinta ah…first thing adalah..

Berkenalan. Kan? Sapa nama, hobi, warna kegemaran, lagu entah apa-apa entah lagi…geli betul.

Nak berkenalan dengan Allah mudah ja, pergilah baca quran. Tak pandai baca arab, baca terjemahan (aku dulu pom baca terjemahan).

Kalau Quran malas nak baca, berat lah kalau betul nak minta Allah jaga urusan kita.

Sumber primary Islam adalah quran & sunnah. Secantiknya ikat hati kita denga quran barulah sumber2 sekunder dan tertiary yang lain.

Ada orang tahu hukum Allah, kenal Allah tapi langgar hukum juga. Bakpe? Ego seterusnya rebel... ego dengan hukum Allah x kemana, sebab Allah yang tentukan hidop kita A or B. Malah, ego ni sifat iblis, ego nak sujud ke nabi adam bila Allah suruh sebab rasa diri lebih baik dan betul.



k. bai. Dah azan subuh.



p/s: kenapa susah nak jaga hukum Allah dan berpaut hati padaNYA? Sebab hati kita dah di isi dengan maksiat serta kasih selain Allah. Sila turunkan ego dan bersih hati dahulu, sebab yang haq (Allah) dan batil (maksiat) tak akan duduk sama2 dalam satu kawasan. Hidup ini adalah ujian pilihan, selamat memilih yang mana kita mahu bertapak dalam hati!

p/ss: Tulisan ini untuk diri aku dan sapa2 dapat tempias kebaikan, semuga bermanfaat. Moga Allah redha.

p/sss: Mari belajar rendahkan ego. Raih cinta Allah bukan cinta manusia dengan jaga hukum Allah. Dah gane nak jaga hukum Allah? Buat lah apa yang Allah suruh dan tinggal lah apa yang Allah larang sehabis baik dan semampu kita.

No comments:

Post a Comment

Followers