hanya sekadar cebisan pemikir[aku] yang picisan

31 July 2011

Ekonomi: secara picisan tapi.

[artikel nih adalah sebahagian tugasan aku sem lepas...sekadar mau kongsi...nih blom di edit lagih...kalo de kepincangan fakta, jemput bagi teguran yeh. sang Q X)]


Ekonomi merupakan aspek terpenting dalam pembangunan sesuatu negara. Apabila ekonomi mengalami krisis, maka, impak yang bakal dirasai adalah sangat besar. Pelbagai masalah timbul disebabkan oleh ketidakstabilan ekonomi masa kini seperti, jurang sosial, kebuluran, pengangguran, muflis, beban hutang yang melampau dan banyak lagi. Berikut petikan yang dipetik dari buku Globalisasi Peranan Ekonomi Dan Kewangan Islam:

Krisis kewangan yang bermula di Asia pada taun 1997 perlu dikaitkan dengan rejim kewangan antarabangsa dan dilihat dari sudut peristiharaan ‘Perang Riba’ oleh Allah dan Rasul- Nya S.A.W. di dalam al- Qur’an. Musuh dan kaedah peperangan riba mestilah difahami untuk membebaskan kita dari dibelenggu oleh rejim riba ini. System kewangannya berpaksikan dolarAmerika tanpa piawaian emas dan dengan itu semua symbol wang seperti wang kertas semasa tidak mempunyai nilai intrinsik lagi. Maka bercearulah nilai wang kerana tanpa sandaran hakiki nilainya mudah dispekulasi dan dimanpulasi. Dalam kegawatan ekonomi dan politik Negara yang membabitkan permainan spekulasi berindeks dalam pelbagai pasaran termask pasaran mata wang, kita perlu menilai semula maa wang menurut Islam
.(Dr. Hakimi, 1999 : hlm 1)

Pelbagai pihak telah cuba untuk tampil memberikan solusi kepada permasalahan diatas dengan mengadakan sidang perbincangan antara negara, pembentangan kertas kerja dan banyak lagi kempen- kempen bagi mengatasi krisis ekonomi dunia (Dunia Di Ambang Krisis Makanan, Utusan Malaysia Online, 2/10/2010). Namun, sehingga sekarang, hasil daripada usaha diatas masih belum memperlihatkan hasil. Di bab yang pertama telah dibincangkan bahawa Islam itu membawakan konsep menyeluruh di dalam aspek kehidupan manusia, maka, pada bab ekonomi dan kewangan ini, akan dapat dilihat bagaimana Islam dapat diaplikasikan dalam sistem ekonomi sekaligus menyelesaikan permasalahan yang dinyatakan sebentar tadi.

Pertama sekali, kita harus mencari tunjang kepada ketidakstabilan ekonomi hari ini. Rata- rata institusi kewangan dan perdagangan mengamal konsep faedah, interest atau usury yang bermaksud, menambah nilai kepada sesuatu pinjaman atau simpanan. Jika di dalam Islam, faedah atau interest yang dimaksudkan dipanggil sebagai riba. Pengertian riba adalah satu bentuk penindasan dan pemerasan. Hal ini kerana, individu terpaksa membayar kembali wang yang dipinjam dengan bayaran yang lebih tanpa mengira sama ada individu yang meminjam itu mampu atau tidak untuk membayar dalam tempoh yang ditetapkan. Riba ini bukan sahaja membawa masalah melenggu hutang, malah jauh lebih dasyat. Sebagai contoh, apabila sebuah syarikat membuat pinjaman dengan sebuah bank untuk membuka perniagaan, syarikat tersebut sebenarnya telah mengikat hutang yang mempunyai tempoh masa bayaran selama belasan mahupun puluhan tahun.

Sekiranya nilai hutang tersebut tetap dari satu tahun ke tahun berikutnya, hal demikian tidak akan menjadi satu beban yang berat buat syarikat terbabit. Tetapi, apabila konsep riba diterapkan ke dalam hutang tersebut, hutang tersebut akan berganda setiap tahun sehingga syarikat tersebut terpaksa bertindak dengan membayar gaji pekerjanya dengan bayaran yang murah demi untuk menampung hutang dan dalam masa yang sama ingin mengaut keuntungan syarikat jua. Namun, apabila pulangan syarikat tidak lagi dapat menampung untuk membayar hutangnya dengan bank, gaji pekerja dan keuntungan, maka, terjadilah ribuan pekerja kehilangan pekerjaan kerana syarikat cuba meminimakan kos atau situasi di mana syarikat terpaksa ditutup. Bagi pekerja yang kehilangan pekerjaan, peluang untuk mendapatkan pekerjaan bukanlah sesuatu yang mudah terutama dalam dunia ekonomi tidak stabil kerana setiap syarikat akan cuba untuk meminimakan bilangan pekerja dan kos syarikat (Rozita Chong, Salina Shamsuri, 1999: hlm 11).

Jutaan pekerja yang di berhentikan itu jua menanggung kepayahan yang hebat kerana terpaksa memikirkan jalan keluar diri dan juga keluarga serta anak- anak dibawah tanggungan mereka. Akhirnya, akan terhasil golongan manusia yang tiada rumah, berpenyakit dan kebuluran (Gerald,1996: 7). Konsep riba ini jua melahirkan jurang sosial di mana sang pemberi pinjaman akan terus kaya manakala sang penerima pinjaman akan terus miskin kerana belenggu hutang (Adiwarman, 2001 : hlm 71). Di sini, dapat dilihat, bagaimana keburukan konsep riba ini, bukan sahaja melibatkan pihak yang membuat pinjaman, malah seluruh individu yang lain turut merasai keperitan bahana riba.

Seterusnya,mata wang kertas yang di gunakan di seluruh dunia kini seharusnya di nilai semula. Mari kita tinjau apa yang dimaksudkan dengan wang itu sebenarnya. Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, wang bermaksud alat pertukaran yg mempunyai harga (nilai) tertentu dan dikaui sah, duit: satuan. Adakah wang kertas mempunyai nilai atau ia diberi nilai? Ternyata, wang kertas sama sekali tidak mempunyai nilai intrinsik, ia hanya satu bentuk nota perjanjian yang yang dikeluarkan oleh kerajaan sebagai penjamin untuk memperkaukan sah nilai yang tercetak di atas nota terbabit. Oleh kerana kerajaan yang bertanggungjawab terhadap pengeluarannya, maka apabila kerajaan tersebut jatuh, nilai wang kertas Negara tersebut juga akan jatuh dan menjadi tidak bernilai seperti mana yang pernah Negara kita hadapi semasa zaman penjajahan Jepun yang melibatkan wang pokok pisang.

Wang kertas mampunyai perbagai kelemahan dan kelemahan yang terbesar adalah wang kertas tidak mampu menangkis masalah inflasi. Infasi merujuk Kamus Dewan edisi keempat bermaksud kemerosotan nilai mata wang kerana banyaknya wang yg beredar dan menyebabkan harga barang-barang naik. Wang kertas mengalami masalah inflasi kerana ia sentiasa dikeluarkan dan nilainya akan sentiasa tersusut dari masa ke semasa manakala harga barangan pula semakin tinggi. Individu bekerja siang dan malam namun masih tidak mampu keluar dari kepompong kemiskinan kerana nilai wang kertas sentiasa susut mengikut kadaran masa.

Bagaimana Islam mampu menyelamatkan ekonomi dunia yang kini kian merundum? Jawapannya, dengan mengharamkan dan menolak seratus peratus konsep riba serta mendaulatkan kembali penggunaan mata wang emas serta perak yang dikenali sebagai Dinar dan Dirham. Sheikh Mahmud Ahmad di dalam buku Economics Of Islam menyebut :

What does this “usury” mean? The original word which is translated here as usury is riba. Riba literally means an exces or addition. With reference to debts, it means any excess above the principal lent. Therefore, it include both interest and usury. Infact, argument is superfluous in tye presence of these clear verse. Verse 278 says discard usury (lit. excess); verse 279 says you can take back the capital sum. So what we are prohibited from taking s the excess over the capital sum. Since interest is also an excess over the capital lent, according to the Quran, it is prohibited
( Mahmud, 1974 : hlm 19- 20)

Telah kita lihat bagaimana penyakit riba itu memusnahkan bukan seorang malah berjuta individu yang berkaitan sehingga meibatkan insan- insan yang tidak bersalah. Dengan menghapuskan riba, sistem yang berteraskan keadilan dapat ditegakkan. Peminjam yang meminjam bukan sahaja tidak akan ditindas, malah, turut dibimbing tentang cara menguruskan kewangan contohnya dalam pengurusan syarikat dan risiko kegagalan akan turut dikongsi oleh sang pemberi pinjaman.Apabila risiko turut ditanggung oleh pihak peminjam, maka hak pekerja contohnya lebih terjamin.

Oleh itu, tidak akan ada pekerja yang diberhentikan dan bayaran gaji akan diberikan seadil yang mungkin. Seterusnya, masalah pengangguran dan tiada tempat tinggal dapat dielakkan. Begitu jua dengan masalah jurang sosial, apabila peminjam tidak terbeban dengan beban hutang yang berganda, maka apabila terdapat lebihan hasil pendapatan setelah membayar hutang yang tetap, ianya dapat dijadikan simpanan untuk membebaskan diri dan keluarga dari rumpun kemiskinan. Kebuluran selalunya terjadi apabila jurang sosial yang begitu besar terhasil. Jadi, apabila jurang tersebut dikecilkan dengan penghapusan amalan riba, maka secara tidak langsung masalah kebuluran dapat diselesaikan.

Manakala penggunaan Dinar dan Dirham sebagai mata wang merupakan solusi yang terbaik bagi mengatasi masalah inflasi. Mengapa demikian? Kerana Dinar dan Dirham merupakan penyimpan nilai yang fleksible. Ia turut mengalami pertambahan dan penurunan nilai, namun penurunannya tidaklah sehingga ke tahap berlkaunya inflasi seperti wang kertas. Nilai intrinsik Dinar dan Dirham jua begitu stabil. Sebagai contoh, jika Dinar yang digunakan di Malaysia dibawa ke eropah, wang tersebut boleh digunakan untuk urusan jual beli dan nilainya masih sama seperti mana di Malaysia. Nyata di sini, wang kertas tidak mampu berbuat demikian kerana tidak mempunyai nilai intrinsik.

Kestabilan Dinar dan Dirham juga akan menghalang tindakan spekulasi di pasaran wang. Penggunaan wang selain Dinar dan Dirham telah menyebabkan sebahagian besar transaksi di pasaran wang adalah membabitkan tindakan spekulatif. Maksud spekulatif apabila dirujuk kepada Kamus Dewan edisi keempat ialah dgn pemikiran semata-mata, secara teori, berdasarkan atau bersifat spekulasi yakni tidak berasaskan fakta¬ dan tiada bukti fizikal. Hal ini bermaksud, perniagaan dan perdagangan yang berlkau bukan satu realiti, namun hanya sekadar maya dan transaksi sebenar di dunia nyata tidak berlkau.

Hal in lah yang menyebabkan berlkaunya keuntungan yang berlebihan kepada sesetengah pihak lalu menyebabkan berlkaunya inflasi yang kemudiannya membesarkan lagi jurang sosial yang telah sedia ada. Dinar berfungsi sebagai alat penyimpan nilai,alat pengukur nilai dan alat penukar yang lebih mantap. Selain itu daripada bebas inflasi, Dinar dan Dirham jua bebas bunga atau riba. Hal ini kerana nilainya yang begitu stabil tidak membolehkan individu daripada menokok tambah.Inflasi menyebabkan berlkaunya krisis ekonomi yang seterusnya menyebabkan harga makanan tinggi, pengangguran, kemiskinan, kebuluran dan produktiviti Negara adalah rendah. Maka, di sini sudah begitu jelas, bahawasanya Dinara dan Dirham itu bebas inflasi, maka segala permasalahan di atas sudah pasti selesai apabila inflasi sifar.

Selain daripada pangharaman riba’ serta mendaulatkan kembali penggunaan Dinar dan Dirham, Islam turut disertakan dengan instrument yang dikenali sebagai baitulmal dalam usaha memantapkan sistem ekonomi dan kewangan sesebuah Negara. Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, baitulmal bermaksud perbendaharaan dan maksud perbandaharaan pula adalah khazanah atau tempat simpanan harta benda negara. Konsep baitulmal diperjelaskan lagi olehMustafa Haji Kamal dalam bukunya yang bertajuk Tamadun Islam Edisi Makta Perguruan :

Baitulmal pada asalnya merupakan perbendaharaan Negara Islam yang tunggal. Is berfungsi bukan sekadar untuk pembangunan yang ada kaitannya dengan ibadat khusus seperti menyediakan tempat sembahang (masjid), untuk kebajikan orag yang memerlukan, malah merangkumi segala kegiatan pembangunan Negara sama ada untuk pembangunan ekonomi, infrastruktur, pendidikan, pertahanan, perkhidmatan awam dan kebudayaan.
( Mustafa, 1999 : hlm 70)

Berdasarkan penulisan Mustafa di atas, dapat dilihat betapa fleksiblenya baitulmal iaitu perbendaharaan Negara Islam. Ia tidak pernah memisahkan antara ibadat dengan kehidupan seharian. Bahkan, Islam menyatukan dua elemen tersebut dalam sebuah ikatan yang kukuh. Baitulmal mempunyai beberapa sumber seperti segala harta yang diperolehi dari zakat, harta milik Negara seperti sumber galian, harta umat Islam yang tidak jelas penggunaannya, harta yang diperolehi akibat peperangan, harta warisan yang tidak habis dan pelaburan saham yang dijual melalui institusi yang ditubuhkan oleh baiulmal.

Zakat apabila dirungkai, ia tidak hanya merangkumi zakat fitrah yang hanya dibayar ketika ramadhan yakni sempana menyambut ketibaan syawal, malah zakat jua terbahagi kepada beberapa bahagian dari setiap individu yang berkemampuan mempunyai kewajipan untuk membayarnya. Antara pembahagian zakat ialah zakat fitrah, harta, pertanian, ternakan, emas, perak, barang- barang perdangangan, gaji dan wang simpanan. Bagaimana baitulmal dapat menangkis masalah jurang social dan kebuluran yang semakin merundum dunia? Jawapannya jelas dengan mengagihkan perbendaharaan baitulamal degan adil kepada mereka yang memerlukan.

Baitulmal tidak hanya menghulurkan bantuan dari segi kewangan semata- mata, malah baitulmal jua menghulurkan bantuan dari segi khidmat nasihat untuk memulakan perniagaan contohnya dan lawatan dari semasa ke semasa untuk memastikan taraf kehidupan golongan yang daif ini sering meningkat seiring dengan bantuan yang diterima. Melalui zakat juga, para golongan yang terlalu kaya jua dapat berkongsi nikmat meraka dengan golongan yang miskin, maka dengan itu golongan kaya tidak akan meninggalkan jurang sosial yang begitu besar untuk golongan miskin. Oleh itu, golongan miskin, sedikit demi sedikit dapat menstabilkan ekonomi mereka dan mengeluarkan diri serta keluarga dari belenggu kemiskinan sekaligus menyelesaikan permasalahan jurang sosial. Perkara ini telah berlkau pada zaman khalifah Abdul Aziz, Umayyah .

Begitu jua dengan masalah kebuluran yang melanda kebanyakkan Negara dunia ketiga. Mengapa kebuluran bagaikan tidak mempunyai kesudahan hingga ke saat ini? Islam menyelamatkan keadaan dengan adanya sistem baitulmal dan konsep hijrah. Baitulmal telah pun dijelaskan diatas, yakni dengan memberikan bantuan dari segi makanan pakaian dan sebagainya lalu akan sentiasa memantau keadaan penerima bantuan. Manakala konsep hijrah pula diaplikasikan apabila masalah kebuluran itu berpunca daripada faktor geografi. Jika suatu kawasan itu sememangnya tdak mempunyai bekalan air contohnya, adalah wajar untuk penduduk dikawasan itu bepindah yakni berhijrah ke kawasan yang mempunyai sumber atau bekalan air yang bersih. Hijrah ini pertama kalinya dilkaukan oleh Baginda Muhammad S.A.W, dari mekah ke madinah. Maka, di dalam Islam, hijrah itu merupkan satu tuntutan apabila keadaan memaksa sebagai contoh, kebuluran akibat faktor geografik dan demografik.

Demikian, apabila ditinjau, masalah yang bekaitan dengan ekonomi dan kewangan, kebanyakkannya berpunca dari riba dan penggunaan wang yang tiada nilai intrinsik. dari dua punca utama inlah, wujud pelbagai lagi masalah lain yang bukan sahaja dari segi ekonomi malah turut melibatkan sosial dan keluarga. Maka, adalah jelas, konsep- konsep yang di bawakan dalam Islam bukan semata- mata peraturan yang mengkongkong dan merugikan bahkan sistem Islam itulah yang mampu menyelamatkan khususnya dalam perbincangan ini ekonomi dan kewangan dunia yang semakin hari, semakin goyah.



semoga tinta ini bukan semata tinta kerana
hakikat berfikir itu lahir bersama tindakan.

1 comment:

  1. Di Malaysia, pada peringkat antarabangsa, tokoh yang mengetengahkan penggunaan mata wang Islamik yang inspire aku adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad.

    ReplyDelete

Followers