hanya sekadar cebisan pemikir[aku] yang picisan

13 August 2011

di bahu setiap muslim, keperluan 'Presenting Islam' itu...

(nih telah ku copy paste dari komen ak di suatu group fb yang membincangkan tentang serbuan tangkap2 orang murtad. Nanti, agak kelapangan, aku edit...)


ya betul, nikmat sebagai seorang Islam itu tersangat lah bernilai dan x mampu ditukar ganti. Tetapi, persoalannya, adakah setiap muslim itu faham akan nilai Islam mereka? Yang jadi x faham sebab rata2 Islam adalah hasil warisan bukan pilihan, jadi tidak mustahil Islam mereka tergadai. Kita x boleh sama kan diri kita dengan orang lain, sebab setiap manusia itu berbeza.

Yang naik isu zakat2 nih, sebab ‘mangsa’ claim mau mintak bantuan baitulmal kemain susah dan menyusahkan. Lalu berpaling pada pihak gereja yang sememangnya suka membantu esp kewangan. Setakat yang aku belajar, beri bantuan salah satu cara berda’wah mereka dan mereka keperluan menyebarkan da’wah mereka sama kewajibannya sebagai mana kita umat Islam, dalam hal ni ak maksudkan kristian catholic yeh.

Jadi, masalah umat islam murtad x boleh mau tunding jari pada pihak gereja semata, sebab itu sebahagian ajaran mereka dan mau tunding jari pada ‘mangsa’ semata pong x bleh gak, pemahaman Islam deme mungkin adalah pada tahap perlu dibimbing. Demikian, adalah sepatutnya semua pihak individu/organisasi Islam kena tunding jari pada diri masing lalu main peranan. Peranan yang dimaksudkan bukan takat main tangkap2 polis entri 1 2 jaga yeh, tapi menyeluruhkan. Menyeluruh nih merangkumi 3 elemen:

1. Didikan/bantuan
Kita bagi pencerahan tentang Islam bab2 yang mereka kurang jelas/x faham dan bagi tunjuk ajar untuk memulakan kehidupan lebih baik, contoh, nak bukak gerai berniaga ke dan sebagainya. Kalo deme susah, fakir lagi miskin, bagilah bantuan kewangan/ apa2 yang patut.

2. Pemerhatian/pantau
Dah bagi ilmu/bantuan, follow up secara berutin, Tanya/perhati deme amalkan apa yang kita ajarkan/ berikan dengan sebaiknya. Kalo dorang manfaatkan no.1 sebaiknya, terus gak follow up sampai deme betol2 faham dan bleh jalan sendiri.

3. Tindakan/hukuman
Nih, kalo dah di ajar, dah follow up, tapi hampes x mau dengor gak, barulah ambil tindakan. Dalam proses hukuman, no.1 tuh kena bagi.

*******

Al-tetapi, kebanyakkan pihak [organisasi (islam) terutamanya], merawat permasalahan tros dengan no.3 tindakan /hukuman. Menhukum semata tidak menyelesaikan masalah! Adalah sepatutnya mereka turun padang dan memantau hal ehwal umat Islam setempat, nih dituju bukan takat organisasi islam jeh, malah termasuk jiran2 tetangga, saudara mara, kawan dan individu2 muslim terbabit. [ lg x bleh blah, organisarsi yg turun padang jenguk masyarakat hanya bila ada kepentingan, contoh, time dekat2 mau pangkah nama atas kertas… />
Adalah sepatutnya, bila dengar agama lain rancak berdakwah, kita[umat islam] terhantuk lalu terjaga bahawa dakwah kita berada di tahap yang sangat rendah (ingatan untuk diri aku…) dan seharusnya kita bangkit dengan semangat mau berdakwah jauh lebih rancak dari agama lain, bukan hanya mencari alasan, umat Islam tidak lagi Islam kerana agama lain, kerana organisasi islam tuh x buat keje, kerana itu dan ini tapi, tengok lah diri sendiri…

pada pandangan ak lah, ada hikmah isu nih timbol, maka umat islam akan terbangun untuk turun padang lalu bersaing dengan pihak agama lain dengan mempromote Islam kepada masyarakat. Manusia nih x bergerak kalo x da persaingan, bila hak dah mula nak terhakis baru mau gerak! (itu pong kalo gerak, kalo dok main police entri? :P)…

Dan pada ak lah, kalo begini lebih sihat, masyarakat diberi pilihan untuk menilai, dan dengan nikmat 'Aqal yang ada, Islam pasti menjadi pilihan. Well, kan Allah maha Adil, Dia x jadikan semua manusia Islam sebab masing2 ada 'Aqal untuk memilih dan membuat pilihan. Sebab itulah Islam secara pilihan itu lebih padu berbanding Islam secara warisan.

Peace! …errr, is da’wah compulsory? ;>





semoga tinta ini bukan semata tinta kerana
hakikat berfikir itu lahir bersama tindakan.

1 comment:

Followers